Seksyen 114
Kuasa untuk mensabitkan kesalahan selain kesalahan yang dipertuduhkan
(2)
Seseorang tertuduh yang dipertuduh di hadapan mahkamah tentera atas apa-apa kesalahan boleh didapati bersalah kerana cuba melakukan kesalahan itu.
(3)
Seseorang tertuduh yang dipertuduh di hadapan mahkamah tentera kerana cuba melakukan sesuatu kesalahan boleh disabitkan atas pertuduhan itu walaupun telah dibuktikan bahawa dia sebenarnya telah melakukan kesalahan itu.
(4)
Jika seseorang tertuduh dipertuduh di hadapan mahkamah tentera di bawah seksyen 88 berkenaan dengan cubaan untuk melakukan sesuatu kesalahan awam, dia boleh disabitkan atas pertuduhan itu walaupun telah dibuktikan bahawa dia sebenarnya telah melakukan kesalahan awam itu.
(5)
Jika seseorang tertuduh dipertuduh di hadapan mahkamah tentera atas suatu kesalahan terhadap seksyen 88, dan kesalahan awam yang bersamaan itu ialah suatu kesalahan yang dalam prosidingnya, jika dia telah dibicarakan oleh sesuatu mahkamah awam kerana melakukan kesalahan itu di dalam Persekutuan, dia mungkin boleh didapati bersalah kerana melakukan sesuatu kesalahan awam yang lain, maka jika mahkamah tentera itu mendapati bahawa dia telah melakukan kesalahan awam yang lain itu, dia boleh disabitkan atas suatu kesalahan terhadap seksyen 88 berkenaan dengan pelakuan kesalahan awam yang lain itu.
(6)
Seseorang tertuduh yang dipertuduh di hadapan mahkamah tentera atas sesuatu kesalahan yang dinyatakan dalam ruang pertama