Seksyen 35
Kesahan pengakusaksian, pengambilan masuk dan pertugasan semula
(1)
Jika seseorang telah membuat akuan yang ditetapkan pada masa pengakusaksiannya atau pertugasan semulanya dan kemudiannya telah menerima gaji sebagai seorang askar-lasykar—
(a)
sahnya pengambilan masuk atau pertugasan semulanya itu tidak boleh dipersoalkan atas alasan apa-apa kesilapan atau peninggalan dalam kertas pengakusaksiannya atau permohonannya untuk pertugasan semula;
(b)
jika dalam masa tiga bulan dari tarikh dia menandatangani akuan tersebut dia menuntut bahawa pengambilan masuknya itu tidak sah oleh sebab apa-apa ketidakpatuhan kehendak
Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya
Akta Angkatan Tentera 49
mengenai pengambilan masuk atau pertugasan semula atau apa-apa alasan jua pun (iaitu bukan suatu kesilapan atau peninggalan dalam kertas pengakusaksiannya atau permohonannya untuk pertugasan semula), tuntutan itu hendaklah dihantar kepada pihak berkuasa yang layak dan jika tuntutan itu berasaskan sebab yang munasabah pihak berkuasa yang layak itu hendaklah menyebabkan dia diberhentikan kerja atau pertugasan semulanya dibatalkan, mengikut mana-mana yang berkenaan, dengan seberapa segera yang boleh;
(c)
tertakluk pada peruntukan perenggan terdahulu yang akhir disebut dia hendaklah disifatkan setelah tamat tempoh tiga bulan dari tarikh dia membuat akuan tersebut sebagai telah didaftarkan atau diambil bertugas semula dengan sahnya, mengikut mana-mana yang berkenaan, walaupun apa-apa ketidakpatuhan atau alasan lain seperti yang disebut terdahulu;
(d)
walau apa pun apa-apa ketidakpatuhan atau alasan lain seperti yang disebut terdahulu, atau apa-apa tuntutan yang dibuat menurut perenggan (b), dia hendaklah disifatkan sebagai seorang askar-lasykar sehingga dia diberhentikan kerja.
(2)
Jika seseorang telah menerima gaji sebagai seorang askar-lasykar tanpa terlebih dahulu membuat sesuatu akuan seperti yang disebut terdahulu—
(a)
dia hendaklah disifatkan sebagai seorang askar-lasykar dalam angkatan tetap sehingga diberhentikan kerja; dan
(b)
dia boleh menuntut supaya diberhentikan kerja pada bila-bila masa, dan jika dia membuat tuntutan itu, tuntutan itu hendaklah dihantar dengan seberapa segera yang boleh kepada pihak berkuasa yang layak yang akan menyebabkan dia diberhentikan kerja dengan seberapa segera yang boleh.
50 Undang-Undang Malaysia AKTA 77
(3)
Tiada apa-apa jua dalam peruntukan seksyen ini yang disebut terdahulu boleh ditafsirkan sebagai menyentuh keputusan mengenai apa-apa soal tentang tempoh seseorang telah diambil masuk atau sebagai menghalang pemberhentian kerja seseorang yang tidak menuntut supaya dia diberhentikan kerja.
Peraturan-peraturan mengenai pengambilan masuk