Seksyen 36
Majlis Angkatan Tentera, dengan kelulusan Yang di-Pertuan
Agong, boleh membuat peraturan-peraturan termasuk peraturan-peraturan yang memperuntukkan perkara yang boleh dikeluarkan melalui Perintah Majlis Angkatan Tentera berkenaan dengan pengambilan masuk orang ke dalam angkatan tetap, syarat perkhidmatan mereka termasuk penyerapan, pertugasan dan peminjaman kepada mana-mana badan, angkatan atau perkhidmatan, kenaikan pangkat mereka, pemberhentian kerja mereka, pembuangan kerja mereka dan apa-apa perkara lain mengenai askar-lasykar sebagaimana yang difikirkan perlu atau suai manfaat oleh Majlis
Angkatan Tentera bagi melaksanakan dengan lebih sempurna peruntukan Bahagian ini.
Tafsiran bagi Bahagian IV