Skip to content

Seksyen 62

Tiap-tiap orang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang—

of Akta Angkatan Tentera 1972

ActIn forceProvision 73 of 129
Seksyen 62

(a)

mencuri atau menyalahgunakan secara fraud apa-apa harta kepunyaan seseorang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini, atau ada bersangkut-paut dengan kecurian atau membiarkan kecurian atau penyalahgunaan secara fraud apa-apa harta itu;

(b)

menerima atau menyimpan dalam milikannya apa-apa harta itu dengan mengetahui bahawa harta itu telah dicuri atau telah disalahgunakan secara fraud; atau

(c)

dengan sengaja merosakkan, atau ada bersangkut-paut dengan kerosakan yang disengajakan apa-apa harta kepunyaan seseorang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini, boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau dikenakan apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini.

Kesalahan pelbagai yang berhubungan dengan harta