Skip to content

Seksyen 63

Tiap-tiap orang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang—

of Akta Angkatan Tentera 1972

ActIn forceProvision 74 of 129
Seksyen 63

72 Undang-Undang Malaysia AKTA 77

(a)

menghilangkan atau dengan cuai merosakkan apa-apa harta awam atau harta perkhidmatan yang dia bertanggungjawab menjaganya atau yang telah diamanahkan di bawah jagaannya atau yang menjadi sebahagian daripada harta yang dia bertanggungjawab menjaganya atau yang telah diamanahkan di bawah jagaannya;

(b)

dengan cuai menyebabkan apa-apa harta awam atau harta perkhidmatan dirosakkan oleh kebakaran;

(c)

menghilangkan, atau dengan cuai merosakkan apa-apa pakaian, senjata, peluru atau alat kelengkapan lain yang dikeluarkan untuk kegunaannya bagi maksud perkhidmatan;

(d)

tidak menjaga dengan sepatutnya mana-mana binatang atau burung yang digunakan dalam perkhidmatan awam yang berada dalam jagaannya; atau

(e)

menghapuskan atau melupuskan (sama ada dengan cara menggadai, menjual, membinasakan atau dengan apa-apa cara lain) apa-apa bintang perkhidmatan yang dikurniakan kepadanya atau apa-apa pakaian, senjata, peluru atau alat kelengkapan lain yang dikeluarkan untuk kegunaannya bagi maksud perkhidmatan, boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau dikenakan apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini:

Dengan syarat bahawa menjadi suatu pembelaan bagi mana-mana orang yang dipertuduh di bawah seksyen ini kerana menghilangkan apa-apa harta, pakaian, senjata, peluru atau alat kelengkapan lain bahawa dia telah mengambil langkah yang munasabah untuk menjaga dan memeliharanya.

Akta Angkatan Tentera 73

Kesalahan yang Berhubungan dengan, dan oleh,

Orang dalam Jagaan