Seksyen 66
Menentang penangkapan
(1)
Tiap-tiap orang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang, bersangkut-paut dalam sesuatu pergaduhan atau kekacauan, enggan mematuhi mana-mana pegawai yang memerintahkannya supaya ditangkap, atau memukul atau selainnya menggunakan kekerasan, atau mengancam hendak menggunakan kekerasan, terhadap mana-mana pegawai itu melakukan suatu kesalahan terhadap seksyen ini sama ada pegawai itu ialah pegawai atasannya atau tidak.
(2)
Tiap-tiap orang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang memukul atau selainnya menggunakan kekerasan, atau mengancam hendak menggunakan kekerasan, terhadap mana-mana orang, sama ada tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini atau tidak, yang menjadi tugas orang itu untuk memberkasnya atau yang di bawah jagaan orang itu dia berada, melakukan suatu kesalahan terhadap seksyen ini.
(3)
Tiap-tiap orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau dikenakan apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini.
76 Undang-Undang Malaysia AKTA 77