Skip to content

Seksyen 64

Penangkapan dan pengurungan yang tidak teratur

of Akta Angkatan Tentera 1972

ActIn forceProvision 75 of 129
Seksyen 64

(1)

Tiap-tiap orang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang apabila seorang lain yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan ditangkap—

(a)

berlengah-lengah dengan tidak sepatutnya dalam mengambil apa-apa langkah yang wajib diambil olehnya supaya tuduhan terhadap orang lain itu disiasat atau supaya tuduhan terhadap orang lain itu disiasat oleh pegawai memerintahnya atau oleh pihak berkuasa atasan yang berkenaan atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, dibicarakan oleh mahkamah tentera; atau

(b)

tidak melepaskan, atau tidak melaksanakan pelepasan, orang lain itu, yang menjadi kewajipannya untuk berbuat demikian, melakukan suatu kesalahan terhadap seksyen ini.

(2)

Tiap-tiap orang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang, setelah meletakkan seseorang

(kemudian daripada ini disebut “orang salah”) di bawah jagaan mana-mana pegawai provos atau pegawai lain, atau mana-mana pegawai waran, ketua pegawai kecil, pegawai tidak bertauliah atau pegawai kecil, tidak menyerahkan, tanpa apa-apa sebab yang munasabah—

(a)

pada masa meletakkan orang salah itu; atau

(b)

dalam masa dua puluh empat jam kemudiannya, jika tidak praktik untuk berbuat demikian pada masa meletakkan orang salah itu, suatu laporan bertulis yang ditandatangani olehnya, kepada orang yang di bawah jagaannya orang salah itu telah diletakkan, mengenai

74 Undang-Undang Malaysia AKTA 77

kesalahan yang dituduh telah dilakukan oleh orang salah itu, melakukan suatu kesalahan terhadap seksyen ini.

(3)

Jika mana-mana orang (kemudian daripada ini disebut “orang salah”) diletakkan di bawah jagaan seseorang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang bertugas sebagai seorang pengawal, maka, jika tanpa apa-apa sebab yang munasabah, orang itu tidak, sebaik sahaja dia digantikan daripada tugas kawalannya dan tugas selanjutnya, atau, jika dia tidak digantikan terlebih dahulu, dalam tempoh dua puluh empat jam selepas meletakkan orang salah itu, memberi kepada pegawai yang kepadanya dia berkewajipan melaporkan—

(a)

suatu pernyataan bertulis mengandungi, setakat yang diketahui olehnya, nama orang salah itu dan kesalahan yang dikatakan itu dan nama serta pangkat atau perihal lain pegawai atau orang lain yang mengatakan orang salah itu telah melakukan kesalahan itu; dan

(b)

jika dia telah menerimanya, laporan yang dikehendaki oleh subseksyen (2), dia melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini.

(4)

Tiap-tiap orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau dikenakan apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini.