Skip to content

Seksyen 65

Membenarkan lepas lari, dan melepaskan orang salah secara tidak sah

of Akta Angkatan Tentera 1972

ActIn forceProvision 76 of 129
Seksyen 65

(1)

Tiap-tiap orang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang dengan sengaja membenarkan lepas lari mana-mana orang yang diletakkan di bawah jagaannya, atau yang menjadi tugasnya untuk mengawal, boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dipenjarakan atau dikenakan apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini.

Akta Angkatan Tentera 75

(2)

Tiap-tiap orang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang—

(a)

tanpa kebenaran yang sepatutnya melepaskan mana-mana orang yang diletakkan di bawah jagaannya; atau

(b)

tanpa sebab yang munasabah membenarkan lepas lari mana-mana orang yang diletakkan di bawah jagaannya atau yang menjadi tugasnya untuk mengawal, boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau dikenakan apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini.