Seksyen 61
Tiap-tiap orang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang—
(a)
mencuri atau menyalahgunakan secara fraud apa-apa harta awam atau harta perkhidmatan atau ada bersangkut-paut dengan kecurian atau membiarkan kecurian atau penyalahgunaan secara fraud apa-apa harta awam atau harta perkhidmatan;
(b)
menerima atau menyimpan dalam milikannya apa-apa harta awam atau harta perkhidmatan dengan mengetahui bahawa harta itu telah dicuri atau telah disalahgunakan secara fraud atau telah diperoleh dengan melakukan apa-apa kesalahan terhadap Akta ini;
(c)
dengan sengaja merosakkan atau ada bersangkut-paut dengan kerosakan apa-apa harta awam atau harta perkhidmatan; atau
Akta Angkatan Tentera 71
(d)
dengan keabaian yang disengajakan menyebabkan apa-apa harta awam atau harta perkhidmatan dirosakkan oleh kebakaran, boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dipenjarakan atau dikenakan apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini.
Kesalahan berhubung dengan harta anggota angkatan tentera