Seksyen 106
Peruntukan tambahan tentang keanggotaan mahkamah tentera
Pegawai yang memanggil sesuatu mahkamah tentera bersidang tidak boleh menjadi anggota mahkamah tentera itu:
Dengan syarat bahawa, jika bahagian angkatan yang dia berkhidmat itu menjalankan perkhidmatan giat dan jika dia berpendapat bahawa tidak praktik untuk melantik seorang pegawai lain sebagai yang dipertua, dia sendiri boleh menjadi yang dipertua mahkamah tentera itu.
(2)
Seseorang pegawai yang, pada bila-bila masa di antara tarikh tertuduh dipertuduh atas kesalahan itu dengan tarikh perbicaraan, telah menjadi pegawai memerintah bagi tertuduh, dan mana-mana pegawai lain yang telah menyiasat pertuduhan terhadap tertuduh itu, atau yang, di bawah Bahagian ini atau kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya, telah mengadakan, atau telah bertindak sebagai salah seorang daripada orang yang mengadakan siasatan ke atas perkara yang berhubungan dengan hal perkara pertuduhan terhadap tertuduh itu, tidak boleh
Akta Angkatan Tentera 113
menjadi anggota sesuatu mahkamah tentera atau bertindak sebagai hakim peguam mahkamah tentera itu.
(3)
Jika pegawai yang memanggil sesuatu mahkamah tentera bersidang melantik seorang kapten atau yang setaraf dengannya sebagai yang dipertua, setelah berpendapat bahawa seseorang mejar atau yang setaraf dengannya yang mempunyai kelayakan yang sesuai, dengan perhatian yang sewajarnya terhadap perkhidmatan awam, tidak boleh didapati, perintah yang memanggil mahkamah tentera itu bersidang hendaklah mengandungi suatu peryataan mengenai pendapat itu, dan bahawa pernyataan itu adalah muktamad.