Seksyen 107
Tempat bagi persidangan mahkamah tentera dan penangguhan ke tempat lain
Tertakluk pada peruntukan seksyen ini, sesuatu mahkamah tentera hendaklah bersidang di tempat (sama ada di dalam atau di luar
Persekutuan) sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah yang memanggil mahkamah tentera itu bersidang; dan pegawai sidang boleh mengadakan persidangan di suatu tempat di luar had wilayah pemerintahannya.
(2)
Sesuatu mahkamah tentera yang mengadakan persidangan di mana-mana tempat hendaklah, jika pegawai sidang itu mengarahkannya supaya mengadakan persidangan di suatu tempat lain, dan boleh, tanpa apa-apa arahan sedemikian jika ternyata pada mahkamah bahawa demi kepentingan keadilan mahkamah perlu mengadakan persidangan di suatu tempat lain, menangguhkannya bagi maksud mengadakan persidangan di tempat yang lain itu.
Mahkamah Tentera—Peruntukan yang berhubungan dengan perbicaraan