176. Section 176
Feedback & supportTiap-tiap perbadanan peminjam yang menawarkan debentur kepada orang awam bagi langganan atau pembelian di Malaysia hendaklah membuat peruntukan bagi pelantikan suatu perbadanan pemegang amanah sebagai pemegang amanah bagi pemegang debentur dalam apa-apa debentur atau dalam surat ikatan amanah yang berhubungan dengan debentur.
Jika perbadanan peminjam dikehendaki untuk melantik seorang pemegang amanah bagi pemegang debentur mengikut subseksyen (1), perbadanan peminjam itu tidak boleh mengumpukkan mana-mana debentur itu sehingga pelantikan telah dibuat dan perbadanan pemegang amanah itu telah memberikan persetujuan untuk bertindak sebagai pemegang amanah.
Syarikat 223
Perbadanan pemegang amanah tidak boleh dilantik, memegang jawatan atau bertindak sebagai pemegang amanah bagi pemegang debentur sesuatu perbadanan peminjam tanpa keizinan Mahkamah jika perbadanan pemegang amanah itu ialah—
pemegang syer yang memegang syer secara benefisial dalam perbadanan peminjam itu;
berhak secara benefisial terhadap wang yang dihutang oleh perbadanan peminjam itu kepada perbadanan pemegang amanah;
suatu perbadanan yang telah membuat suatu jaminan berkenaan dengan hutang pokok yang dicagar dengan debentur itu atau berkenaan dengan hutang pokok itu; atau
suatu perbadanan yang di bawah seksyen 7 disifatkan berkaitan dengan—
mana-mana perbadanan daripada jenis yang disebut dalam perenggan (a), (b) dan (c); atau
perbadanan peminjam itu.
Subseksyen (3) tidak menghalang sesuatu perbadanan pemegang amanah daripada dilantik, memegang jawatan atau bertindak sebagai pemegang amanah bagi pemegang debentur suatu perbadanan peminjam hanya oleh sebab—
perbadanan peminjam itu berhutang dengan perbadanan pemegang amanah itu atau suatu perbadanan yang disifatkan menurut kuasa seksyen 7 sebagai berkaitan dengan perbadanan pemegang amanah itu apa-apa wang selagi wang itu ialah—
wang, kecuali wang yang disebut dalam subperenggan (ii) dan (iii), yang tidak melebihi sepuluh peratus daripada amaun debentur yang dicadangkan untuk ditawarkan kepada orang awam pada masa pelantikan atau dalam tempoh tiga bulan selepas
224 Undang-Undang Malaysia AKTA 777
debentur itu ditawarkan kali pertama kepada orang awam, dan yang tidak melebihi sepuluh peratus amaun yang dihutang oleh perbadanan peminjam itu dengan pemegang debentur pada bila-bila masa selepas habisnya tempoh itu;
wang yang didapatkan hanya melalui suatu gadai janji yang pertama dibuat ke atas tanah perbadanan peminjam itu, atau oleh apa-apa debentur yang dikeluarkan oleh perbadanan peminjam itu kepada orang awam atau oleh mana-mana debentur yang tidak dikeluarkan kepada orang awam yang dikeluarkan di bawah surat ikatan amanah yang sama yang mewujudkan debentur lain yang dikeluarkan pada bila-bila masa oleh perbadanan peminjam itu kepada orang awam atau oleh mana-mana debentur yang kepadanya perbadanan peminjam, atau suatu perbadanan yang disifatkan berkaitan dengan perbadanan pemegang amanah itu yang tidak berhak secara benefisial menurut kuasa seksyen 7; atau
wang yang kepadanya perbadanan pemegang amanah, atau suatu perbadanan yang layak untuk dilantik sebagai pemegang amanah bagi pemegang debentur perbadanan peminjam mengikut terma debentur atau surat ikatan amanah yang berkaitan menurut kuasa seksyen 7 disifatkan berkaitan dengan perbadanan pemegang amanah itu; atau
perbadanan pemegang amanah itu, atau suatu perbadanan yang disifatkan sebagai pemegang syer bagi perbadanan peminjam itu berkenaan dengan syer yang dipegang secara benefisial oleh perbadanan pemegang amanah itu menurut kuasa seksyen 7 berkaitan dengan perbadanan pemegang amanah itu selagi syer dalam perbadanan peminjam itu yang dipegang secara benefisial oleh perbadanan pemegang amanah dan oleh semua perbadanan lain yang disifatkan berhubung dengan perbadanan peminjam itu menurut kuasa seksyen 7 tidak mempunyai hak untuk menjalankan lebih
Syarikat 225
daripada lima peratus kuasa mengundi pada mana-mana mesyuarat agung perbadanan peminjam itu.
Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (3) boleh—
menjejaskan kuat kuasa mana-mana debentur atau surat ikatan amanah yang dikeluarkan atau disempurnakan sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini; atau
terpakai bagi atau berhubung dengan pemegang amanah bagi pemegang mana-mana debentur itu, melainkan jika di bawah mana-mana debentur atau surat ikatan amanah sedemikian suatu tawaran debentur selanjutnya telah dibuat kepada orang awam selepas permulaan kuat kuasa Akta ini.
Perbadanan dan tiap-tiap pegawai yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit dan, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.