177. Kewajipan pemegang amanah
Feedback & supportPemegang amanah bagi pemegang debentur hendaklah—
menjalankan usaha yang munasabah untuk menentukan sama ada atau tidak aset perbadanan peminjam dan aset setiap perbadanan penjaminnya yang ada atau yang mungkin ada sama ada melalui jaminan atau selainnya mencukupi atau mungkin mencukupi untuk melepaskan hutang pokok jika dan apabila ia kena dibayar;
memastikan bahawa setiap prospektus yang berhubungan dengan debentur itu tidak mengandungi apa-apa perkara yang tidak selaras dengan terma debentur itu atau dengan surat ikatan amanah yang berkaitan;
226 Undang-Undang Malaysia AKTA 777
memastikan bahawa perbadanan peminjam mematuhi kehendak Subpenggal 1 Penggal 7 Bahagian III setakat yang
Subpenggal itu berkaitan dengan dan terpakai bagi debentur itu;
menjalankan usaha yang munasabah untuk menentukan sama ada perbadanan peminjam dan setiap perbadanan penjaminnya telah melakukan apa-apa pelanggaran waad, terma dan peruntukan mengenai debentur atau surat ikatan amanah atau tidak;
mengambil segala langkah dan melakukan segala perkara yang pemegang amanah bagi pemegang debentur itu diberi kuasa untuk melakukannya bagi membolehkan perbadanan peminjam itu dan mana-mana perbadanan penjaminnya meremedi apa-apa pelanggaran waad, terma dan peruntukan itu, kecuali jika ia berpuas hati bahawa pelanggaran itu tidak akan memudaratkan secara material jaminan, jika ada, bagi debentur itu atau kepentingan pemegang debentur;
jika perbadanan peminjam itu atau mana-mana perbadanan penjaminnya gagal untuk meremedi apa-apa pelanggaran waad, terma dan peruntukan mengenai debentur atau surat ikatan amanah jika dikehendaki sedemikian oleh pemegang amanah, pemegang amanah itu boleh membentangkan perkara itu di hadapan mesyuarat pemegang debentur, dengan mengemukakan apa-apa cadangan bagi melindungi pelaburan pemegang debentur sebagaimana yang difikirkan perlu atau sesuai oleh pemegang amanah dan mendapatkan arahan daripada pemegang debentur berhubung dengan pelaburan itu; dan
jika perbadanan peminjam itu mengemukakan kepada pemegang debentur suatu kompromi atau perkiraan, memberikan kepada pemegang debentur itu suatu pernyataan bagi menjelaskan kesan kompromi atau perkiraan itu dan, jika difikirkan patut oleh pemegang amanah, mengesyorkan kepada pemegang debentur itu suatu urusan tindakan yang sesuai untuk diambil oleh pemegang debentur itu berhubung dengan kompromi atau perkiraan itu.
Syarikat 227
Jika, selepas siasatan yang sewajarnya, pemegang amanah berpendapat bahawa aset perbadanan peminjam dan mana-mana perbadanan penjaminnya yang ada sama ada melalui jaminan atau selainnya tidak mencukupi atau berkemungkinan tidak mencukupi untuk melepaskan hutang pokoknya jika dan apabila hutang itu kena dibayar, pemegang amanah itu boleh memohon kepada Menteri untuk mendapatkan suatu perintah di bawah subseksyen ini.
Atas suatu permohonan yang disebut dalam subseksyen (2), selepas memberikan perbadanan peminjam itu suatu peluang untuk membuat representasi berhubung dengan permohonan itu, Menteri, melalui perintah secara bertulis—
boleh menyampaikan kepada perbadanan itu di pejabat berdaftarnya di Malaysia dan mengenakan apa-apa sekatan ke atas aktiviti perbadanan itu, termasuk sekatan ke atas pengiklanan bagi deposit atau pinjaman dan atas peminjaman oleh perbadanan itu yang difikirkan perlu oleh Menteri bagi melindungi kepentingan pemegang debentur; atau
boleh mengarahkan pemegang amanah untuk memohon kepada Mahkamah bagi mendapatkan suatu perintah di bawah subseksyen (4) dan jika perbadanan peminjam menghendaki pemegang amanah itu untuk berbuat sedemikian, Menteri boleh mengarahkan pemegang amanah itu untuk membuat permohonan sewajarnya.
Jika—
selepas siasatan yang sewajarnya, pemegang amanah itu pada bila-bila masa berpendapat bahawa aset perbadanan peminjam dan mana-mana perbadanan penjaminnya yang ada atau yang sepatutnya ada sama ada melalui jaminan atau selainnya tidak mencukupi atau berkemungkinan tidak mencukupi untuk melepaskan hutang pokoknya jika dan apabila hutang pokok itu kena dibayar; atau
perbadanan itu melanggar atau tidak mematuhi suatu perintah yang dibuat oleh Menteri di bawah subseksyen (3),
228 Undang-Undang Malaysia AKTA 777
pemegang amanah itu boleh, dan jika perbadanan peminjam menghendaki pemegang amanah itu untuk berbuat demikian, pemegang amanah itu hendaklah memohon kepada Mahkamah untuk mendapatkan suatu perintah di bawah subseksyen (5).
Jika permohonan itu dibuat kepada Mahkamah di bawah subseksyen (3) atau (4), Mahkamah boleh, melalui perintah, selepas memberikan perbadanan peminjam itu peluang untuk didengar, membuat semua atau mana-mana yang berikut:
mengarahkan pemegang amanah—
untuk mengadakan mesyuarat pemegang debentur bagi maksud membentangkan di hadapan pemegang debentur apa-apa maklumat yang berhubungan dengan kepentingan dan cadangan untuk melindungi pemegang debentur yang difikirkan perlu atau sesuai oleh pemegang amanah itu;
untuk mendapatkan arahan pemegang debentur berhubung dengan kepentingan dan cadangan untuk melindungi pemegang debentur; dan
untuk memberikan apa-apa arahan berhubung dengan penjalanan mesyuarat yang difikirkan patut oleh
Mahkamah;
menggantung semua atau mana-mana tindakan atau prosiding di hadapan mana-mana Mahkamah oleh atau terhadap perbadanan peminjam;
menyekat pembayaran apa-apa wang oleh perbadanan peminjam kepada pemegang debentur perbadanan itu atau kepada apa-apa golongan pemegang debentur itu;
melantik seorang penerima atau penerima dan pengurus bagi apa-apa harta yang merupakan jaminan, jika ada, bagi debentur itu; dan
Syarikat 229
memberikan arahan lanjut kepada anggota perbadanan peminjam itu atau mana-mana perbadanan penjaminnya atau orang awam sebagaimana yang perlu untuk melindungi kepentingan pemegang debentur.
Mahkamah hendaklah menimbangkan hak semua pemiutang perbadanan peminjam apabila membuat perintah itu dan boleh mengubah atau membatalkan mana-mana perintah yang dibuat di bawah subseksyen (5) yang difikirkan patut oleh Mahkamah.
Semasa membuat suatu permohonan kepada Menteri di bawah subseksyen (2) atau (3) atau kepada Mahkamah di bawah subseksyen (4), pemegang amanah hendaklah—
mengambil kira sifat dan jenis jaminan yang diberikan apabila debentur ditawarkan kepada orang awam; dan
jika jaminan tidak diberikan, menimbangkan kedudukan pemegang debentur sebagai pemiutang tidak bercagar perbadanan peminjam itu.
Pemegang amanah boleh bergantung pada apa-apa perakuan atau laporan yang diberikan atau pernyataan yang dibuat oleh mana-mana peguam bela, juruaudit atau pegawai perbadanan peminjam atau perbadanan penjamin jika pemegang amanah itu mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa peguam bela, juruaudit atau pegawai itu adalah berwibawa untuk memberikan atau membuat perakuan, laporan atau pernyataan itu.