Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English

178. Persaraan pemegang amanah

Feedback & support
(1)

Walau apapun apa-apa yang terkandung dalam mana-mana

Akta atau dalam debentur atau surat ikatan amanah yang berkaitan, pemegang amanah bagi pemegang debentur tidak terhenti menjadi pemegang amanah sehingga suatu perbadanan yang layak di bawah seksyen 176 bagi pelantikan sebagai pemegang amanah bagi pemegang debentur telah dilantik dan telah memegang jawatan itu.

(2)

Jika—

230 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

(a)

suatu peruntukan telah dibuat dalam debentur atau surat ikatan amanah yang berkaitan bagi pelantikan pengganti pemegang amanah bagi pemegang debentur atas persaraannya, pengganti itu boleh dilantik mengikut seksyen 176; atau

(b)

tiada peruntukan telah dibuat dalam debentur atau dalam surat ikatan amanah yang berkaitan bagi pelantikan pengganti bagi pemegang amanah yang bersara, perbadanan peminjam boleh melantik seorang pengganti yang layak untuk dilantik di bawah seksyen 176.

(3)

Walau apa pun apa-apa jua dalam Akta ini atau dalam mana-mana debentur atau surat ikatan amanah, sesuatu perbadanan peminjam boleh, dengan persetujuan pemegang amanah yang sedia ada bagi pemegang debentur itu, melantik mana-mana perbadanan yang layak untuk dilantik di bawah seksyen 176 dan yang disifatkan menurut kuasa seksyen 7 sebagai berkaitan dengan pemegang amanah yang sedia ada sebagai pengganti kepada pemegang amanah yang sedia ada itu.

(4)

Jika pemegang amanah bagi pemegang debentur itu telah terhenti wujud atau terhenti menjadi layak di bawah seksyen 176 atau gagal atau enggan untuk bertindak atau dihilangkan kelayakan di bawah seksyen itu, Mahkamah boleh, atas permohonan perbadanan peminjam atau pemegang amanah bagi pemegang debentur itu atau mana-mana pemegang debentur atau Menteri, melantik mana-mana perbadanan yang layak di bawah seksyen 176 menjadi pemegang amanah bagi menggantikan pemegang amanah yang disifatkan terhenti wujud itu atau terhenti menjadi layak atau yang gagal atau enggan untuk bertindak sebagai pemegang amanah atau yang dihilangkan kelayakannya.

(5)

Jika pengganti dilantik sebagai pemegang amanah bagi menggantikan mana-mana pemegang amanah, pengganti itu hendaklah menyerah simpan dengan Pendaftar suatu notis dalam masa tiga puluh hari dari pelantikan itu mengikut bentuk dan cara yang ditentukan oleh Pendaftar.

Syarikat 231

(6)

Pengganti yang melanggar subseksyen (5) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit dan, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Report

Bahagian II

Bahagian II Jadual itu mengikut bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar; dan

Bab I

Bab II

Bab III

Bahagian VIII

Bahagian VIII Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Bahagian IV

Pemberhentian Syarikat

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules