179. Kandungan surat ikatan amanah
Feedback & supportJika suatu perbadanan menawarkan debentur kepada orang awam bagi langganan di Malaysia, debentur atau surat ikatan amanah yang berkaitan hendaklah mengandungi had amaun yang boleh dipinjam oleh perbadanan peminjam itu dan hendaklah mengandungi waad oleh perbadanan peminjam itu yang hendaklah mempunyai kesan yang berikut:
perbadanan peminjam itu hendaklah menggunakan usahanya dengan bersungguh-sungguh untuk mengendalikan dan menjalankan perniagaannnya mengikut cara yang sepatutnya dan berkesan;
setakat yang sama seolah-olah pemegang amanah bagi pemegang debentur itu atau mana-mana juruaudit syarikat yang diluluskan yang dilantik oleh pemegang amanah itu merupakan pengarah perbadanan, perbadanan peminjam itu hendaklah—
menjadikan tersedia bagi pemeriksaan semua rekod perakaunan atau rekod lain perbadanan peminjam itu;
dan
memberikan kepada perbadanan peminjam apa-apa maklumat yang dikehendaki oleh perbadanan peminjam itu berkenaan dengan semua perkara yang berhubungan dengan rekod perakaunan atau rekod lain perbadanan peminjam itu; dan
atas permohonan orang yang memegang tidak kurang daripada sepuluh peratus nilai debentur keluaran yang
232 Undang-Undang Malaysia AKTA 777
berhubung dengan waad itu yang dihantar serah ke pejabat berdaftarnya, perbadanan peminjam itu hendaklah—
memanggil suatu mesyuarat pemegang debentur bagi menimbangkan akaun dan kunci kira-kira yang terakhir diserah simpan dengan pemegang amanah bagi pemegang debentur itu oleh perbadanan peminjam itu;
dan
memberikan kepada pemegang amanah itu arahan berhubung dengan penjalanan kuasa pemegang amanah, apa-apa mesyuarat yang hendaklah diadakan pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis serta iklan itu dengan dipengerusikan oleh seorang yang dinamakan oleh pemegang amanah itu atau mana-mana orang lain yang dilantik bagi pihaknya oleh pemegang debentur yang hadir pada mesyuarat itu.
Notis mesyuarat yang disebut dalam perenggan (1)(c)
hendaklah—
diberikan kepada setiap pemegang debentur, selain debentur yang kena dibayar kepada pembawa, di alamatnya yang dinyatakan dalam daftar debentur; dan
melalui suatu iklan dalam satu surat khabar yang diedarkan secara meluas di Malaysia dalam bahasa kebangsaan dan satu surat khabar yang diedarkan secara meluas di Malaysia dalam bahasa Inggeris yang ditujukan kepada semua pemegang debentur itu.
Jika debentur atau surat ikatan amanah tidak secara nyata mengandungi waad oleh perbadanan peminjam, debentur atau surat ikatan amanah itu hendaklah disifatkan mengandungi waad yang disebut dalam subseksyen (1).
Perbadanan dan tiap-tiap pegawai yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit.
Syarikat 233