180. Kuasa Mahkamah berhubung dengan debentur tidak boleh ditebus yang tertentu
Feedback & supportWalau apa pun apa-apa jua dalam mana-mana debentur atau surat ikatan amanah, jaminan bagi apa-apa debentur yang tidak boleh ditebus atau boleh ditebus hanya pada masa berlakunya kontingensi hendaklah, jika
Mahkamah memerintahkan sedemikian, dikuatkuasakan, dengan serta-merta atau pada bila-bila masa yang lain yang diarahkan oleh Mahkamah.
Dalam membuat suatu perintah di bawah subseksyen (1), atas permohonan pemegang amanah bagi pemegang debentur atau jika tiada pemegang amanah, oleh pemegang mana-mana debentur,
Mahkamah berpuas hati bahawa—
pada masa pengeluaran debentur aset perbadanan yang menjadi atau yang dicadangkan untuk menjadi jaminan baginya adalah mencukupi atau mungkin mencukupi untuk melepaskan hutang pokok dan apa-apa faedah ke atas hutang itu;
jaminan itu, jika direalisasikan di bawah hal keadaan yang wujud pada masa permohonan itu, akan berkemungkinan membawa tidak lebih daripada enam puluh peratus jumlah wang pokok yang belum dijelaskan dengan mengambil kira semua bayaran terdahulu dan bayaran yang berperingkat sama rata, jika ada; dan
aset yang diliputi oleh jaminan itu, atas penilaian yang saksama berasaskan usaha yang berterusan selepas membenarkan suatu amaun yang munasabah bagi susut nilai yang bernilai kurang daripada jumlah wang pokok dan perbadanan peminjam itu tidak memperoleh keuntungan yang mencukupi untuk membayar faedah yang kena dibayar atas wang pokok itu atau jika tiada kadar faedah yang ditentukan kena dibayar, faedah ke atas jumlah itu pada apa-apa kadar yang dianggap oleh Mahkamah sebagai kadar yang saksama untuk dijangkakan daripada pelaburan yang sama.
234 Undang-Undang Malaysia AKTA 777
Subseksyen (1) tidak menjejaskan apa-apa kuasa untuk mengubah hak atau menerima apa-apa kompromi atau perkiraan yang diwujudkan oleh terma debentur atau surat ikatan amanah yang berkenaan atau mengikut suatu kompromi atau perkiraan antara perbadanan peminjam dengan pemiutang.