Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English

185. Section 185

Feedback & support
(1)

Tertakluk pada seksyen ini, mana-mana peruntukan yang terkandung dalam surat ikatan amanah yang berhubungan dengan atau yang menjamin suatu keluaran debentur, atau dalam mana-mana kontrak dengan pemegang debentur yang dijamin oleh surat ikatan amanah hendaklah terbatal setakat yang surat ikatan amanah itu mempunyai kesan mengecualikan seseorang pemegang amanah daripada atau untuk menanggung rugi pemegang amanah bagi liabiliti kerana pecah amanah apabila pemegang amanah itu tidak

242 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

menunjukkan tahap ketelitian dan ketekunan yang dikehendaki daripadanya sebagai pemegang amanah.

(2)

Subseksyen (1) tidak menidaksahkan—

(a)

apa-apa pelepasan surat ikatan amanah yang selainnya diberikan dengan sah berkenaan dengan apa-apa perkara yang dilakukan atau yang ditinggalkan daripada dilakukan oleh pemegang amanah sebelum memberikan pelepasan itu;

atau

(b)

mana-mana peruntukan yang membolehkan pelepasan surat ikatan amanah untuk diberikan—

(i)

atas persetujuan suatu majoriti yang tidak kurang daripada tiga perempat nilai nominal pemegang debentur yang hadir dan mengundi sendiri atau, jika proksi dibenarkan, melalui proksi pada mesyuarat yang dipanggil bagi maksud itu; dan

(ii)

sama ada berkenaan dengan perbuatan atau peninggalan tertentu atau atas pembubaran pemegang amanah atau atas pemberhentiannya untuk bertindak sebagai pemegang amanah.

(3)

Subseksyen (1) tidak berkuat kuasa—

(a)

untuk menidaksahkan mana-mana peruntukan yang berkuat kuasa pada permulaan kuat kuasa Akta ini selagi mana-mana pemegang amanah berhak kepada manfaat peruntukan itu terus menjadi pemegang amanah bagi surat ikatan amanah itu; atau

(b)

untuk melucutkan mana-mana pemegang amanah daripada apa-apa pengecualian atau hak untuk ditanggung rugi berkenaan dengan apa-apa perkara yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan oleh pemegang amanah itu semasa mana-mana peruntukan itu berkuat kuasa.

Syarikat 243

Subpenggal 11

Sekatan ke atas Pengumpukan dan Permulaan Perniagaan

Larangan bagi pengumpukan melainkan jika langganan minimum diterima

Report

Bahagian II

Bahagian II Jadual itu mengikut bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar; dan

Bab I

Bab II

Bab III

Bahagian VIII

Bahagian VIII Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Bahagian IV

Pemberhentian Syarikat

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules