181. Kuasa pemegang amanah untuk memohon kepada Mahkamah bagi mendapatkan arahan, dsb
Feedback & supportPemegang amanah bagi pemegang debentur boleh memohon kepada Mahkamah—
untuk mendapatkan arahan berhubung dengan apa-apa perkara yang berbangkit berkaitan dengan pelaksanaan fungsi pemegang amanah; atau
untuk menentukan apa-apa soalan berhubung dengan kepentingan pemegang debentur.
Atas permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (1),
Mahkamah boleh—
memberi apa-apa arahan kepada pemegang amanah sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah;
menyetujui secara keseluruhan atau sebahagiannya dengan permohonan itu atas apa-apa terma dan syarat jika
Mahkamah berpuas hati bahawa penentuan soalan itu adil dan bermanfaat atau membuat apa-apa perintah lain yang difikirkan adil oleh Mahkamah; atau
memerintahkan suatu mesyuarat bagi semua atau mana-mana pemegang debentur dipanggil untuk menimbangkan apa-apa perkara yang melibatkan pemegang debentur itu dan untuk menasihati pemegang amanah mengenai perkara yang berkenaan dan untuk memberikan apa-apa arahan sampingan atau berbangkit yang difikirkan patut oleh Mahkamah.
Syarikat 235
Mesyuarat yang disebut dalam perenggan (2)(c) hendaklah diadakan dan dijalankan mengikut apa-apa cara yang diarahkan oleh
Mahkamah yang dipengerusikan oleh seorang yang dinamakan oleh pemegang amanah atau mana-mana orang lain yang dilantik oleh mesyuarat.