184. Pinjaman dan deposit hendaklah dibayar balik dengan segera dalam keadaan tertentu
Feedback & supportJika dalam mana-mana prospektus yang dikeluarkan berkaitan dengan suatu pelawaan kepada orang awam untuk melanggan atau membeli debentur suatu perbadanan terdapat pernyataan mengenai apa-apa maksud atau projek tertentu yang baginya wang diterima oleh perbadanan itu sebagai sambutan kepada pelawaan itu hendaklah digunakan, perbadanan itu hendaklah membuat laporan berkala kepada pemegang amanah bagi pemegang debentur itu mengenai kemajuan yang telah dibuat bagi mencapai maksud itu atau menyiapkan projek itu.
Setiap laporan itu hendaklah dimasukkan dalam laporan yang dikehendaki untuk diberikan kepada pemegang amanah bagi pemegang debentur di bawah subseksyen 182(1).
240 Undang-Undang Malaysia AKTA 777
Apabila pemegang amanah bagi pemegang debentur itu mendapati bahawa maksud atau projek itu belum tercapai atau disiapkan dalam masa yang dinyatakan dalam prospektus itu mengikut masa yang maksud atau projek itu sepatutnya dicapai atau disiapkan atau, jika tiada apa-apa masa dinyatakan, dalam masa yang munasabah, pemegang amanah itu boleh dan, jika dia berpendapat bahawa adalah perlu bagi melindungi kepentingan pemegang debentur, memberikan notis secara bertulis kepada perbadanan itu yang menghendakinya membayar balik wang yang diterima sedemikian oleh perbadanan itu dan dalam masa tiga puluh hari dari notis itu diberikan, menyerah simpan dengan Pendaftar suatu salinannya.
Pemegang amanah hendaklah memberikan suatu notis di bawah subseksyen (3) jika pemegang amanah itu berpuas hati bahawa—
maksud atau projek itu telah sebahagian besarnya tercapai atau disiapkan;
kepentingan pemegang debentur tidak dimudaratkan secara material disebabkan oleh kegagalan untuk mencapai atau menyiapkan maksud atau projek itu dalam masa yang dinyatakan dalam prospektus itu atau dalam masa yang munasabah; atau
kegagalan untuk mencapai maksud atau projek itu disebabkan oleh hal keadaan yang di luar kawalan perbadanan itu yang tidak semunasabahnya dapat dijangkakan oleh perbadanan itu pada masa prospektus itu dikeluarkan.
Apabila notis yang disebut dalam subseksyen (3) diterima oleh perbadanan, perbadanan itu hendaklah bertanggungan untuk membayar balik dan, apabila dituntut secara bertulis oleh pemegang amanah, perbadanan itu hendaklah dengan segera membayar balik kepada mana-mana orang yang berhak kepada apa-apa wang yang terhutang dengan perbadanan itu hasil daripada pinjaman atau deposit yang dibuat sebagai sambutan kepada pelawaan itu melainkan jika—
Syarikat 241
sebelum wang itu diterima oleh perbadanan, perbadanan itu telah memberikan suatu notis secara bertulis kepada orang yang daripadanya wang itu diterima dengan menyatakan maksud atau projek yang baginya wang itu hendak digunakan dan wang itu telah diterima oleh perbadanan dengan sewajarnya; atau
perbadanan itu menyampaikan suatu notis secara bertulis kepada pemegang debentur yang menyatakan—
maksud atau projek yang wang itu pada hakikatnya hendak digunakan oleh perbadanan itu; dan
menawarkan untuk membayar balik wang itu kepada pemegang debentur dan orang itu tidak menuntut daripada perbadanan itu untuk membayar balik wang itu secara bertulis dalam masa empat belas hari dari penerimaan notis itu, atau apa-apa masa yang lebih lama yang dinyatakan dalam notis itu.
Jika perbadanan telah memberikan suatu notis secara bertulis dengan menyatakan maksud atau projek yang wang itu akan pada hakikatnya digunakan oleh perbadanan itu di bawah subseksyen (5), seksyen ini hendaklah terpakai dan berkuat kuasa seolah-olah maksud atau projek yang dinyatakan dalam notis itu adalah maksud atau projek yang dinyatakan dalam prospektus sebagai maksud atau projek yang wang itu hendak digunakan.
Liabiliti pemegang amanah bagi pemegang debenture