Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English

187. Permohonan wang hendaklah dipegang sebagai amanah sehingga pengumpukan

Feedback & support
(1)

Semua permohonan dan wang lain yang dibayar sebelum pengumpukan oleh mana-mana pemohon disebabkan oleh syer atau debentur yang ditawarkan kepada orang awam atau mana-mana sekuriti yang baginya suatu prospektus dikehendaki di bawah Akta

Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 hendaklah dipegang sebagai amanah bagi pemohon itu oleh syarikat atau dalam hal syarikat yang dicadangkan oleh orang yang dinamakan dalam prospektus sebagai pengarah yang dicadangkan dan oleh penganjur.

(2)

Tiada obligasi atau kewajipan boleh dikenakan ke atas mana-mana bank atau orang ketiga yang dengannya apa-apa wang telah didepositkan untuk menyiasat atau meneliti permohonan wang itu dengan sewajarnya selagi bank atau orang itu bertindak dengan suci hati.

(3)

Syarikat dan tiap-tiap pegawai yang, atau suatu syarikat yang dicadangkan dan tiap-tiap orang yang dinamakan dalam prospektus sebagai pengarah yang dicadangkan dan tiap-tiap penganjur yang mengetahui dan dengan sengaja membenarkan atau mengizinkan keingkaran itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—

(a)

dalam hal syarikat atau syarikat yang dicadangkan, didenda tidak melebihi lima juta ringgit; dan

(b)

dalam hal orang yang dinamakan dalam prospektus sebagai pengarah yang dicadangkan atau penganjur, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau kedua-duanya.

Report

Bahagian II

Bahagian II Jadual itu mengikut bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar; dan

Bab I

Bab II

Bab III

Bahagian VIII

Bahagian VIII Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Bahagian IV

Pemberhentian Syarikat

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules