Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English

182. Obligasi perbadanan peminjam

Feedback & support
(1)

Jika ada pemegang amanah bagi pemegang debentur suatu perbadanan peminjam, pengarah perbadanan peminjam itu hendaklah menyediakan suatu laporan—

(a)

pada akhir suatu tempoh yang tidak melebihi tiga bulan yang berakhir pada hari, tidak lewat daripada enam bulan selepas tarikh prospektus yang berkaitan yang pemegang amanah itu dikehendaki untuk memberitahu perbadanan peminjam itu secara bertulis; dan

(b)

pada akhir setiap tempoh yang berikutnya selepas itu, iaitu suatu tempoh selama tiga bulan atau apa-apa tempoh yang lebih singkat sebagaimana yang pemegang amanah itu boleh, dalam apa-apa hal keadaan khas benarkan.

(2)

Laporan yang berhubungan dengan tempoh yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah mematuhi subseksyen (3) dan suatu salinan laporan itu hendaklah diserah simpan dengan Pendaftar dan pemegang amanah dalam masa tiga puluh hari selepas berakhirnya setiap tempoh itu.

(3)

Laporan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah ditandatangani oleh tidak kurang daripada dua pengarah perbadanan peminjam dan hendaklah menyatakan dengan terperinci apa-apa perkara yang menjejaskan jaminan atau kepentingan pemegang debentur seperti yang berikut:

(a)

sama ada had amaun yang boleh dipinjam oleh perbadanan itu telah melebihi had atau tidak;

236 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

(b)

sama ada atau tidak perbadanan peminjam itu dan setiap perbadanan penjaminnya telah mematuhi dan melaksanakan semua waad dan peruntukan yang mengikat perbadanan peminjam itu dan setiap perbadanan penjaminnya masing-masing di bawah debentur atau mana-mana surat ikatan amanah;

(c)

sama ada atau tidak telah berlaku apa-apa kejadian yang menyebabkan atau boleh menyebabkan debentur atau mana-mana peruntukan surat ikatan amanah yang berkaitan boleh dikuatkuasakan dan jika berlaku sedemikian, butir-butir mengenai kejadian itu;

(d)

sama ada atau tidak apa-apa hal keadaan yang memudaratkan perbadanan peminjam, subsidiarinya atau perbadanan penjaminnya atau mana-mana perbadanan, subsidiarinya atau perbadanan penjaminnya telah berlaku yang memudaratkan secara material apa-apa jaminan atau gadaian yang dimasukkan dalam atau diwujudkan oleh debentur itu atau mana-mana surat ikatan amanah dan jika berlaku sedemikian, butir-butir mengenai hal keadaan itu;

(e)

sama ada atau tidak telah berlaku perubahan yang besar kepada jenis perniagaan perbadanan peminjam itu atau mana-mana subsidiarinya atau mana-mana perbadanan penjaminnya sejak debentur itu pertama kali dikeluarkan kepada orang awam yang tidak dilaporkan sebelumnya sebagaimana yang dikehendaki oleh seksyen ini dan jika berlaku sedemikian, butir-butir mengenai perubahan itu; dan

(f)

jika perbadanan peminjam telah mendepositkan wang dengan atau memberi pinjaman wang kepada atau mengambil alih apa-apa liabiliti suatu perbadanan yang disifatkan berkaitan dengan perbadanan peminjam itu di bawah seksyen 7, butir-butir mengenai—

(i)

jumlah amaun yang didepositkan atau dipinjam dan takat apa-apa liabiliti yang diambil alih itu dalam tempoh yang terangkum dalam laporan itu; dan

Syarikat 237

(ii)

jumlah amaun yang terhutang dengan perbadanan peminjam itu berkenaan dengan wang yang didepositkan atau dipinjam dan takat apa-apa liabiliti yang diambil alih itu pada akhir tempoh yang terangkum dalam laporan itu, dengan membezakan antara deposit bercagar dengan tidak bercagar, pinjaman dan pengambilalihan liabiliti.

(4)

Wang yang disebut dalam perenggan (3)(f) tidak termasuk apa-apa deposit bagi atau pinjaman kepada atau apa-apa liabiliti yang diambil alih bagi pihak suatu perbadanan jika perbadanan itu telah menjamin pembayaran balik debentur perbadanan peminjam itu dan telah mendapat jaminan itu melalui suatu cagaran ke atas asetnya bagi faedah pemegang amanah bagi pemegang debentur perbadanan peminjam itu.

(5)

Jika ada pemegang amanah bagi pemegang debentur, perbadanan peminjam dan setiap perbadanan penjaminnya yang telah menjamin pembayaran balik wang yang didapatkan melalui pengeluaran debentur itu hendaklah memberikan kepada pemegang amanah itu—

(a)

dalam masa dua puluh satu hari selepas pewujudan mana-mana cagaran oleh perbadanan atau perbadanan penjamin itu, mengikut kehendak keadaan, butir-butir mengenai apa-apa cagaran yang diwujudkan itu, sama ada atau tidak apa-apa tuntutan bagi pembayaran telah dibuat;

dan

(b)

jika amaun untuk didahulukan atas jaminan bagi cagaran itu tidak dapat ditentukan—

(i)

dalam masa tujuh hari dari mana-mana pendahuluan yang dibuat, butir-butir mengenai amaun yang didahulukan itu; atau

(ii)

jika pendahuluan digabungkan dalam suatu akaun semasa dengan jurubank atau pemiutang dagangan, sekali dalam tiap-tiap tiga bulan, butir-butir amaun

238 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

bersih yang belum dijelaskan berkenaan dengan apa-apa pendahuluan yang dibuat itu.

(6)

Pengarah tiap-tiap perbadanan peminjam dan pengarah tiap-tiap perbadanan penjamin hendaklah menyebabkan supaya disediakan suatu penyata kewangan bagi tempoh dari berakhirnya tahun kewangan itu sehingga habisnya tempoh enam bulan selepas tahun kewangan itu berakhir dan diserah simpan dengan Pendaftar dan pemegang amanah bagi pemegang debentur, jika ada, pada tarikh yang tidak lewat daripada sembilan bulan selepas habisnya tempoh setiap tahun kewangan perbadanan itu.

(7)

Seksyen 249, 250, 252 dan subseksyen 266(1), (2) dan (6)

hendaklah, dengan apa-apa ubah suaian yang perlu, terpakai bagi tiap-tiap penyata kewangan yang disediakan dan diserah simpan di bawah subseksyen (6) seolah-olah penyata kewangan itu ialah penyata kewangan yang disebut dalam subseksyen itu.

(8)

Jika pengarah perbadanan peminjam tidak menyerah simpan dengan pemegang amanah bagi pemegang debentur suatu laporan yang dikehendaki oleh subseksyen (1) atau jika pengarah perbadanan peminjam atau pengarah perbadanan penjamin tidak menyerah simpan dengan pemegang amanah suatu penyata kewangan dan laporan sebagaimana yang dikehendaki oleh subseksyen (6) dalam masa yang ditetapkan, pemegang amanah itu hendaklah dengan serta-merta menyerah simpan notis mengenai hakikat itu dengan Pendaftar.

(9)

Mana-mana pengarah perbadanan peminjam yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit dan, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

(10)

Mana-mana pengarah perbadanan peminjam atau perbadanan penjamin yang melanggar subseksyen (2) atau (6) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit dan, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Syarikat 239

Report

Bahagian II

Bahagian II Jadual itu mengikut bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar; dan

Bab I

Bab II

Bab III

Bahagian VIII

Bahagian VIII Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Bahagian IV

Pemberhentian Syarikat

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules