Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English

183. Obligasi perbadanan penjamin untuk memberikan maklumat

Feedback & support
(1)

Bagi maksud penyediaan laporan yang dikehendaki oleh

Akta ini untuk ditandatangani oleh atau bagi pihak pengarah suatu perbadanan peminjam atau mana-mana pengarah perbadanan peminjam itu, perbadanan boleh, melalui notis secara bertulis, menghendaki mana-mana perbadanan penjaminnya untuk memberikan kepada perbadanan itu apa-apa maklumat yang berhubungan dengan perbadanan penjamin itu yang dikehendaki supaya dikandungkan dalam laporan itu.

(2)

Perbadanan penjamin itu hendaklah memberikan maklumat yang disebut dalam subseksyen (1) kepada perbadanan peminjam tidak lewat daripada empat belas hari dari tarikh yang dinyatakan dalam notis itu.

(3)

Perbadanan dan tiap-tiap pegawai yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit dan, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Report

Bahagian II

Bahagian II Jadual itu mengikut bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar; dan

Bab I

Bab II

Bab III

Bahagian VIII

Bahagian VIII Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Bahagian IV

Pemberhentian Syarikat

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules