186. Section 186
Feedback & supportTiada pengumpukan boleh dibuat bagi mana-mana syer suatu syarikat yang ditawarkan kepada orang awam atau ditawarkan bagi langganan atau pembelian atau jika suatu pelawaan untuk melanggan atau membeli syer dibuat di bawah suatu prospektus yang didaftarkan di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007
melainkan jika—
langganan minimum telah dilanggan; dan
amaun yang kena dibayar atas permohonan bagi syer yang dilanggan sedemikian telah diterima oleh syarikat, tetapi jika suatu cek bagi jumlah wang yang kena dibayar itu telah diterima oleh syarikat, jumlah wang itu hendaklah disifatkan tidak diterima oleh syarikat sehingga cek itu dibayar oleh bank yang padanya cek itu ditunaikan.
Langganan minimum hendaklah—
dihitung atas nilai tawaran bagi setiap syer; dan
dihitung berasingan daripada apa-apa amaun yang kena dibayar selain dalam bentuk wang tunai.
Amaun yang kena dibayar atas permohonan setiap syer yang ditawarkan kepada orang awam atau ditawarkan di bawah suatu prospektus yang didaftarkan di bawah Akta Pasaran Modal dan
Perkhidmatan 2007 tidak boleh kurang daripada lima peratus harga tawaran syer itu.
Jika syarat yang disebut dalam perenggan (1)(a) dan (b) tidak dipenuhi apabila habisnya tempoh empat bulan selepas pengeluaran pertama prospektus—
244 Undang-Undang Malaysia AKTA 777
semua wang yang diterima daripada pemohon syer hendaklah dibayar balik dengan serta-merta kepada pemohon itu tanpa faedah dan pulangan; dan
jika apa-apa wang itu tidak dibayar balik dalam masa lima bulan selepas pengeluaran prospektus itu, pengarah syarikat hendaklah secara bersesama dan berasingan bertanggungan untuk membayar balik wang itu dengan faedah atau pulangan pada kadar sepuluh peratus setahun dari tarikh habisnya tempoh lima bulan itu, tetapi seseorang pengarah tidaklah bertanggungan jika pengarah itu membuktikan bahawa keingkaran bagi membayar balik wang itu bukanlah disebabkan oleh salah laku atau kecuaian di pihaknya.
Walau apa pun syarikat sedang digulungkan, suatu pengumpukan yang dibuat oleh syarikat itu kepada seorang pemohon yang melanggar seksyen ini atau subseksyen 188(1) hendaklah boleh batal atas opsyen pemohon itu yang boleh dilaksanakan melalui notis secara bertulis yang disampaikan kepada syarikat itu tidak lewat daripada tiga puluh hari dari tarikh pengumpukan itu.
Mana-mana syarat yang menghendaki atau mengikat mana-mana pemohon syer untuk menepikan pematuhan mana-mana kehendak seksyen ini hendaklah terbatal.
Jika sesuatu pengumpukan bagi—
syer atau debentur dibuat berdasarkan suatu prospektus selepas habisnya tempoh enam bulan atau apa-apa tempoh yang lebih lama yang dibenarkan oleh Pendaftar dari tarikh pengeluaran prospektus itu; atau
sekuriti dibuat berdasarkan suatu prospektus yang didaftarkan di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 kemudian daripada apa-apa tempoh selepas tarikh pengeluaran prospektus itu yang boleh dinyatakan oleh
Suruhanjaya Sekuriti, pengumpukan itu tidak hanya oleh sebab hakikat itu menjadi boleh batal atau terbatal.
Syarikat 245
Syarikat itu, pegawai atau penganjur syarikat itu atau syarikat yang dicadangkan tidak boleh membenarkan atau mengizinkan suatu pengumpukan bagi—
mana-mana syer atau debentur kepada orang awam berdasarkan suatu prospektus selepas habisnya tempoh enam bulan atau apa-apa tempoh yang lebih lama sebagaimana yang dibenarkan oleh Pendaftar dari tarikh pengeluaran prospektus itu; atau
apa-apa sekuriti sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 berdasarkan suatu prospektus yang didaftarkan di bawah Akta itu kemudian daripada tempoh selepas tarikh pengeluaran prospektus itu yang boleh dinyatakan oleh Suruhanjaya Sekuriti.
Syarikat dan tiap-tiap pegawai atau mana-mana penganjur suatu syarikat atau syarikat yang dicadangkan yang melanggar subseksyen (8) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
dalam hal syarikat, didenda tidak melebihi lima juta ringgit;
dan
dalam hal pegawai atau penganjur syarikat atau syarikat yang dicadangkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau kedua-duanya.
Tiap-tiap pengarah syarikat yang diketahuinya melanggar atau mengizinkan atau membenarkan pelanggaran seksyen ini atau subseksyen 190(1) boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau kedua-duanya dan, sebagai tambahan, hendaklah bertanggungan untuk membayar pampasan masing-masing kepada syarikat itu dan penerima umpukan bagi apa-apa kehilangan, kerugian atau kos yang ditanggung atau dikenakan oleh syarikat itu atau penerima umpukan itu tetapi tiada prosiding bagi mendapatkan apa-apa pampasan boleh dimulakan selepas habisnya tempoh dua tahun dari tarikh pengumpukan itu.
246 Undang-Undang Malaysia AKTA 777