Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian II · Bahagian II Jadual itu mengikut bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar; dan

228. Section 228

Feedback & support
(1)

Tertakluk pada subseksyen (2) dan seksyen 229, sesuatu syarikat tidak boleh membuat atau menguatkuasakan apa-apa perkiraan atau transaksi jika pengarah atau pemegang syer substansial syarikat itu atau syarikat pemegangannya, atau subsidiarinya, atau seorang yang berkaitan dengan pengarah atau pemegang syer substansial itu—

(a)

memperoleh atau yang akan memperoleh syer atau aset bukan tunai dengan nilai yang dikehendaki, daripada syarikat itu; atau

(b)

melupuskan atau hendak melupuskan syer atau aset bukan tunai dengan nilai dikehendaki, bagi syarikat itu, melainkan jika—

Syarikat 287

(A)

perjanjian atau transaksi itu dibuat tertakluk pada kelulusan pemegang syer dalam suatu mesyuarat agung; atau

(B)

penguatkuasaan perjanjian atau transaksi itu telah diluluskan oleh pemegang syer dalam suatu mesyuarat agung.

(2)

Suatu perkiraan atau transaksi yang dikuatkuasakan yang berlanggaran dengan subseksyen (1) hendaklah terbatal melainkan jika kelulusan bagi perkiraan atau transaksi itu terlebih dahulu didapatkan—

(a)

melalui suatu ketetapan syarikat; atau

(b)

melalui suatu ketetapan syarikat pemegangan, jika perkiraan atau transaksi itu adalah bagi faedah pengarah atau pemegang syer substansial syarikat pemegangannya atau orang yang berkaitan dengan pengarah atau pemegang syer substansial itu.

(3)

Bagi maksud subseksyen (1), dalam hal suatu subsidiari tidak tersenarai yang syarikat pemegangannya ialah suatu syarikat tersenarai, pengarah bagi syarikat pemegangan itu hendaklah mendapatkan kelulusan pemegang syer bagi syarikat pemegangan itu dalam suatu mesyuarat agung bagi perkiraan atau transaksi oleh subsidiari tidak tersenarai itu sebagai tambahan kepada kelulusan pemegang syer bagi subsidiari tidak tersenarai itu yang didapatkan oleh pengarah subsidiari tidak tersenarai itu dalam suatu mesyuarat agung.

(4)

Dalam hal suatu syarikat awam atau syarikat pemegangannya atau subsidiarinya, pengarah atau pemegang syer substansial atau orang yang berkaitan dengan pengarah atau pemegang syer substansial itu yang berkepentingan dalam perkiraan atau transaksi yang disebut dalam perenggan (1)(a) atau (b) hendaklah ditahan daripada mengundi melalui ketetapan pada mesyuarat agung untuk menimbangkan perkiraan atau transaksi yang disebut dalam subseksyen (2).

(5)

Jika sesuatu perkiraan atau transaksi dibuat atau dikuatkuasakan oleh suatu syarikat yang melanggar subseksyen (1) dan (2), pengarah itu, pemegang syer substansial dan orang yang berkaitan dengan pengarah atau pemegang syer substansial itu dan mana-mana pengarah

288 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

yang dengan diketahuinya membenarkan perkiraan atau transaksi itu hendaklah, sebagai tambahan kepada apa-apa liabiliti lain, bertanggungan—

(a)

untuk memberi keterangan kepada syarikat itu bagi apa-apa keuntungan yang telah didapatkan secara langsung atau tidak langsung melalui perkiraan atau transaksi itu; dan

(b)

secara bersesama dan berasingan dengan mana-mana orang yang bertanggungan di bawah subseksyen ini, untuk menanggung rugi syarikat itu bagi apa-apa kehilangan atau kerugian akibat perkiraan atau transaksi itu.

(6)

Mahkamah boleh, atas permohonan mana-mana anggota atau pengarah syarikat, menahan syarikat itu daripada membuat atau menguatkuasakan sesuatu perkiraan atau transaksi yang berlanggaran dengan subseksyen (1).

(7)

Seseorang pengarah atau pemegang syer substansial suatu syarikat atau syarikat pemegangannya, atau subsidiarinya atau seseorang yang berkaitan dengan pengarah atau pemegang syer substansial itu, yang bagi faedahnya syarikat itu menguatkuasakan perkiraan atau transaksi itu dan yang mengetahui bahawa perkiraan atau transaksi itu dikuatkuasakan oleh syarikat itu yang berlanggaran dengan seksyen ini, atau seseorang pengarah yang dengan diketahuinya membenarkan syarikat itu menguatkuasakan apa-apa perkiraan atau transaksi, yang berlanggaran dengan seksyen ini, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau kedua-duanya.

(8)

Bagi maksud subseksyen (1)—

(a)

“orang yang berkaitan dengan pemegang syer substansial”

hendaklah mempunyai erti yang sama yang diberikan kepada

“orang yang berkaitan dengan pengarah” dalam seksyen 197

kecuali semua sebutan dalamnya mengenai seorang pengarah hendaklah dibaca sebagai sebutan mengenai pemegang syer substansial;

Syarikat 289

(b)

“nilai yang dikehendaki”, dalam hal suatu syarikat yang kesemua atau mana-mana syernya disenaraikan untuk disebut harga di bursa saham atau subsidiarinya, hendaklah mempunyai nilai yang sama dengan nilai yang diperihalkan dalam kehendak penyenaraian bursa saham jika kelulusan pemegang syer dalam mesyuarat agung dikehendaki;

(c)

dalam hal mana-mana syarikat selain syarikat yang baginya perenggan (b) terpakai, aset bukan tunai adalah dalam nilai yang dikehendaki jika, pada masa transaksi itu dibuat, nilainya melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau jika nilainya tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit tetapi melebihi sepuluh peratus nilai bersih aset syarikat dengan syarat ia tidak kurang daripada lima puluh ribu ringgit, jika—

(i)

nilai aset syarikat ditentukan mengikut akaun yang disediakan di bawah seksyen 245 berkenaan dengan tahun kewangan yang terakhir sebelum perkiraan atau transaksi itu; atau

(ii)

tiada akaun telah disediakan sedemikian dan dibentangkan sebelum masa itu, amaun modal syer terpanggil syarikat itu.

(9)

Dalam seksyen ini—

(a)

sebutan mengenai perolehan atau pelupusan suatu aset bukan tunai termasuk pewujudan atau penghapusan estet atau kepentingan dalam, atau hak ke atas, apa-apa harta dan juga pelepasan bagi liabiliti mana-mana orang, selain liabiliti bagi jumlah wang yang ditentukan;

(b)

“wang tunai” termasuk mata wang asing; dan

(c)

“aset bukan tunai” ertinya apa-apa harta atau kepentingan dalam harta selain wang tunai.

290 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

Report

Bab I

Bab II

Bab III

Bahagian VIII

Bahagian VIII Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Bahagian IV

Pemberhentian Syarikat

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules