Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian II · Bahagian II Jadual itu mengikut bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar; dan

226. Larangan terhadap bayaran bebas cukai kepada pengarah

Feedback & support
(1)

Sesuatu syarikat tidak boleh membayar kepada seseorang pengarah apa-apa saraan yang, sama ada sebagai pengarah atau selainnya, bebas daripada cukai pendapatan, atau selainnya dihitung dengan mengikut atau berbeza dengan amaun cukai pendapatannya, atau kadar cukai pendapatan.

(2)

Mana-mana peruntukan yang terkandung dalam perlembagaan atau mana-mana ketetapan Lembaga atau anggota syarikat bagi pembayaran kepada seseorang pengarah saraan yang bebas daripada cukai pendapatan atau selainnya dihitung dengan mengikut atau berbeza dengan amaun cukai pendapatannya atau kadar cukai pendapatan hendaklah mempunyai kesan seolah-olah peruntukan atau ketetapan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan memperuntukkan bagi pembayaran sebagai suatu jumlah kasar tertakluk pada cukai pendapatan, bagi jumlah bersih itu yang sebenarnya diberikan.

(3)

Syarikat dan tiap-tiap pegawai dan mana-mana orang lain atau individu yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau kedua-duanya.

Report

Bab I

Bab II

Bab III

Bahagian VIII

Bahagian VIII Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Bahagian IV

Pemberhentian Syarikat

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules