Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian II · Bahagian II Jadual itu mengikut bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar; dan

227. Bayaran kepada pengarah kerana hilang jawatan, dsb

Feedback & support
(1)

Tidak sah—

(a)

bagi suatu syarikat untuk membuat apa-apa pembayaran kepada mana-mana pengarah melalui pampasan bagi kehilangan jawatan sebagai pegawai syarikat itu atau suatu subsidiari bagi syarikat itu atau sebagai balasan bagi atau

284 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

berkaitan dengan persaraannya daripada apa-apa jawatan itu;

atau

(b)

bagi apa-apa pembayaran yang kena dibuat kepada mana-mana pengarah suatu syarikat berkaitan dengan pemindahmilikan keseluruhan atau mana-mana bahagian pengusahaan atau harta syarikat, melainkan jika butir-butir berkenaan dengan pembayaran yang dicadangkan itu termasuk amaunnya, telah dizahirkan kepada anggota syarikat dan ketetapan bagi cadangan itu telah diluluskan oleh anggota dan apabila apa-apa bayaran telah dibuat dengan tidak sah amaun yang diterima oleh pengarah itu hendaklah disifatkan telah diterima olehnya sebagai amanah bagi syarikat.

(2)

Dalam hal suatu syarikat awam, pengarah yang berkepentingan dalam pembayaran yang dicadangkan yang disebut dalam perenggan (1)(a) atau (b) dan orang yang berkaitan dengan pengarah itu hendaklah ditahan daripada mengundi bagi ketetapan itu.

(3)

Jika suatu pembayaran hendaklah dibuat kepada pengarah berkaitan dengan pemindahmilikan kepada mana-mana orang hasil daripada suatu tawaran yang dibuat kepada pemegang syer bagi kesemua atau mana-mana syer dalam syarikat, pengarah itu hendaklah mengambil segala langkah yang munasabah untuk memastikan bahawa butir-butir berkenaan dengan pembayaran yang dicadangkan, termasuklah amaun bayaran yang dicadangkan, hendaklah dimasukkan dalam atau dihantar dengan apa-apa notis mengenai tawaran yang dibuat bagi syer mereka yang diberikan kepada mana-mana pemegang syer, melainkan jika butir-butir itu diberikan kepada pemegang syer mengikut undang-undang berkaitan yang terpakai bagi pengambilalihan.

(4)

Jika berkaitan dengan apa-apa pemindahmilikan itu nilai yang kena dibayar kepada pengarah syarikat yang jawatannya akan dihapuskan atau yang akan bersara daripada jawatan bagi apa-apa syer dalam syarikat yang dipegang oleh pengarah itu melebihi nilai yang mungkin telah didapatkan pada masa itu oleh pemegang syer yang lain atau apa-apa balasan berharga yang diberikan kepada mana-mana pengarah, baki atau nilai wang bagi balasan itu, mengikut mana-mana

Syarikat 285

yang berkenaan, hendaklah disifatkan sebagai pembayaran yang telah dibuat kepadanya melalui pampasan bagi kehilangan jawatan itu atau sebagai balasan bagi atau berkaitan dengan persaraannya daripada jawatan.

(5)

Apa-apa sebutan dalam seksyen ini mengenai pembayaran kepada mana-mana pengarah syarikat melalui pampasan bagi kehilangan jawatan atau sebagai balasan bagi atau berkaitan dengan persaraannya daripada jawatan tidak termasuk—

(a)

apa-apa bayaran di bawah suatu perjanjian yang dibuat sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini;

(b)

apa-apa bayaran yang dibuat di bawah suatu perjanjian, jika butir-butirnya telah dizahirkan pada dan diluluskan oleh ketetapan khas syarikat;

(c)

apa-apa bayaran bona fide sebagai ganti rugi kerana pelanggaran kontrak;

(d)

apa-apa bayaran bona fide melalui pencen atau bayaran sekaligus berkenaan dengan perkhidmatan lalu termasuk apa-apa saraan atau elaun persaraan, saraan, ganjaran atau bayaran seumpamanya, jika nilai atau amaun pencen atau bayaran itu, kecuali setakat yang ia berkaitan dengan sumbangan yang dibuat oleh pengarah itu, tidak melebihi jumlah keseluruhan saraan pengarah itu dalam masa tiga tahun sebaik sebelum persaraan atau kematiannya; atau

(e)

apa-apa bayaran kepada pengarah di bawah suatu perjanjian yang dibuat antara syarikat dengan pengarah itu sebelum dia menjadi pengarah syarikat sebagai balasan atau sebahagian daripada balasan bagi pengarah itu kerana bersetuju untuk berkhidmat dengan syarikat sebagai pengarah.

(6)

Seksyen ini hendaklah sebagai tambahan kepada dan bukan pengurangan bagi mana-mana rukun undang-undang yang menghendaki penzahiran dibuat berkenaan dengan apa-apa bayaran sedemikian atau mana-mana bayaran lain yang seumpamanya.

286 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

(7)

Dalam seksyen ini, “pengarah” termasuk mana-mana orang yang pada bila-bila masa menjadi pengarah syarikat atau perbadanan yang menurut kuasa seksyen 7 disifatkan berkaitan dengan syarikat itu.

(8)

Dalam seksyen ini—

(a)

seseorang yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan; dan

(b)

seseorang pengarah yang melanggar subseksyen (3) dan seseorang yang telah dikehendaki dengan sewajarnya oleh pengarah untuk memasukkan ke dalam atau menghantar apa-apa notis di bawah seksyen ini bagi butir-butir yang dikehendaki oleh subseksyen (3) dan tidak berbuat sedemikian, melakukan suatu kesalahan, dan jika kehendak seksyen ini tidak dipatuhi berkenaan dengan apa-apa jumlah wang yang diterima oleh pengarah itu bagi pembayaran itu hendaklah disifatkan telah diterima olehnya sebagai amanah bagi mana-mana orang yang telah menjual syernya hasil daripada tawaran yang telah dibuat.

Transaksi dengan pengarah, pemegang syer substansial atau orang yang berkaitan

Report

Bab I

Bab II

Bab III

Bahagian VIII

Bahagian VIII Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Bahagian IV

Pemberhentian Syarikat

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules