Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian VIII · Bahagian VIII Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;
423. Kewajipan untuk menguruskan hal ehwal syarikat, dsb., mengikut cadangan yang diluluskan
Feedback & supportJika cadangan pengurus kehakiman diluluskan oleh suatu mesyuarat pemiutang yang diadakan di bawah seksyen 421, dan tertakluk pada apa-apa perintah di bawah seksyen 425, pengurus kehakiman hendaklah mempunyai kewajipan untuk menguruskan hal ehwal, perniagaan dan harta syarikat mengikut cadangan itu.
Jika pengurus kehakiman bercadang untuk membuat semakan yang substansial ke atas cadangan yang diluluskan, pengurus kehakiman hendaklah—
menghantar suatu pernyataan tentang semakan yang dicadangkan itu kepada semua pemiutang syarikat ke alamat terakhir semua pemiutang itu yang diketahui; dan
membentangkan suatu salinan pernyataan itu dalam mesyuarat pemiutang yang dipanggil melalui notis tidak kurang daripada empat belas hari.
Pengurus kehakiman hendaklah juga sama ada—
menghantar suatu salinan pernyataan itu kepada semua anggota syarikat ke alamat terakhir semua anggota itu yang diketahui; atau 496 Undang-Undang Malaysia AKTA 777
menyiarkan suatu notis yang menyatakan alamat yang kepadanya anggota syarikat itu perlu menulis supaya salinan pernyataan itu dihantar kepada mereka secara percuma dalam satu surat khabar yang diedarkan secara meluas di Malaysia dalam bahasa kebangsaan dan satu surat khabar yang diedarkan secara meluas di Malaysia dalam bahasa Inggeris.
Majoriti sebanyak tujuh puluh lima peratus daripada nilai pemiutang, yang hadir dan mengundi pada mesyuarat pemiutang yang dipanggil di bawah subseksyen (2) sama ada dengan sendiri atau melalui proksi yang tuntutannya diterima oleh pengurus kehakiman, boleh meluluskan semakan yang dicadangkan dengan ubah suaian tetapi tidak boleh berbuat demikian melainkan jika pengurus kehakiman bersetuju dengan setiap ubah suaian.
Selepas tamat mesyuarat yang dipanggil di bawah subseksyen (2), pengurus kehakiman hendaklah memberikan notis tentang keputusan mesyuarat itu kepada Pendaftar atau kepada mana-mana orang atau badan lain sebagaimana yang diluluskan oleh
Mahkamah.