Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian VIII · Bahagian VIII Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;
425. Perlindungan kepentingan pemiutang dan anggota
Feedback & supportPada bila-bila masa apabila suatu perintah pengurusan kehakiman berkuat kuasa, pemiutang atau anggota syarikat boleh memohon kepada Mahkamah bagi suatu perintah di bawah seksyen ini atas alasan bahawa—
hal ehwal, perniagaan dan harta syarikat sedang atau telah diuruskan oleh pengurus kehakiman mengikut cara yang atau yang telah menjejaskan secara tidak adil kepentingan pemiutang atau anggota syarikat secara am atau sebahagian daripada pemiutang atau anggota syarikat, termasuk sekurang-kurangnya pemiutang atau anggota itu, atau pemiutang tunggal yang mewakili dua puluh lima peratus daripada nilai tuntutan terhadap syarikat itu; atau
apa-apa perbuatan atau peninggalan sebenar atau yang dicadangkan oleh pengurus kehakiman menjejaskan atau akan menjejaskan sedemikian.
Atas permohonan di bawah seksyen ini, Mahkamah boleh melalui perintah—
memberikan pelepasan berkenaan dengan perkara yang diadukan;
menangguhkan pendengaran dengan syarat atau tanpa syarat;
atau
membuat suatu perintah interim atau apa-apa perintah lain yang difikirkan patut oleh Mahkamah.
Tertakluk pada subseksyen (4), sesuatu perintah yang dibuat oleh Mahkamah di bawah seksyen ini boleh—
mengawal selia pengurusan hal ehwal, perniagaan dan harta syarikat pada masa hadapan oleh pengurus kehakiman;
menghendaki pengurus kehakiman supaya berhenti daripada melakukan atau meneruskan suatu perbuatan yang diadukan
Syarikat 499
oleh pemohon atau supaya melakukan suatu perbuatan yang diadukan oleh pemohon yang pengurus kehakiman tertinggal daripada melakukannya;
menghendaki mesyuarat pemiutang atau anggota dipanggil bagi maksud menimbangkan apa-apa perkara sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah; atau
melepaskan perintah pengurusan kehakiman dan membuat apa-apa peruntukan berbangkit sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah.
Suatu perintah yang dibuat di bawah seksyen ini tidak menjejaskan atau menghalang pelaksanaan apa-apa persetujuan penyelesaian atau skim yang diluluskan di bawah seksyen 366.
Jika perintah pengurusan kehakiman dilepaskan, pengurus kehakiman hendaklah menyerah simpan dengan Pendaftar suatu salinan fail perintah itu dalam masa tujuh hari dari tarikh perintah yang dilepaskan itu.
Seorang pengurus kehakiman yang, tanpa alasan yang munasabah, melanggar subseksyen (5) melakukan suatu kesalahan dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.