Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian VIII · Bahagian VIII Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;
424. Kewajipan untuk memohon pelepasan perintah pengurusan kehakiman
Feedback & supportPengurus kehakiman sesuatu syarikat hendaklah memohon kepada Mahkamah supaya perintah pengurusan kehakiman dilepaskan jika pengurus kehakiman itu mendapati bahawa tujuan yang dinyatakan dalam perintah itu sama ada dicapai atau tidak berupaya dicapai.
Selepas mendengar suatu permohonan di bawah seksyen ini,
Mahkamah boleh, melalui perintah—
melepaskan perintah pengurusan kehakiman;
membuat apa-apa peruntukan berbangkit sebagaimana yang difikirkannya sesuai;
Syarikat 497
menangguhkan pendengaran dengan syarat atau tanpa syarat;
atau
membuat suatu perintah interim atau apa-apa perintah lain yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah.
Jika perintah pengurusan kehakiman dilepaskan, pengurus kehakiman hendaklah menyerah simpan suatu salinan perintah yang menyentuh pelepasan itu dengan Pendaftar dalam masa tujuh hari dari perintah pelepasan itu dibuat.
Jika suatu perintah pengurusan kehakiman dilepaskan di bawah
Subpenggal ini atau jika seseorang terhenti menjadi pengurus kehakiman di bawah seksyen 417, pengurus kehakiman itu boleh memohon kepada Mahkamah bagi pelepasannya.
Setelah menerima suatu permohonan di bawah subseksyen (4),
Mahkamah boleh, jika difikirkannya sesuai—
membuat suatu perintah yang melepaskan pengurus kehakiman itu daripada liabiliti berkenaan dengan apa-apa perbuatan atau peninggalan olehnya dalam menguruskan syarikat; atau
membuat suatu perintah yang melepaskan pengurus kehakiman itu berhubung dengan pelakuannya sebagai pengurus kehakiman, tetapi apa-apa pelepasan itu tidak boleh melepaskan pengurus kehakiman itu daripada liabiliti bagi apa-apa penyalahgunaan atau pemegangan wang atau harta syarikat atau yang baginya pengurus kehakiman itu menjadi bertanggungjawab atau daripada mana-mana undang-undang yang kepadanya dia tertakluk berkenaan dengan kecuaian, keingkaran, misfeasans, pecah amanah atau pelanggaran kewajipan berhubung dengan syarikat itu.
498 Undang-Undang Malaysia AKTA 777