Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian IV · Pemberhentian Syarikat

541. Kuasa Mahkamah untuk mentaksir ganti rugi terhadap pegawai yang melanggar undang-undang, dsb

Feedback & support
(1)

Jika dalam perjalanan penggulungan didapati bahawa—

(a)

mana-mana orang yang mengambil bahagian dalam penubuhan atau penganjuran syarikat; atau

(b)

mana-mana penyelesai atau pegawai dahulu atau sekarang, menyalahgunakan atau memegang atau menjadi bertanggungan atau bertanggungjawab bagi apa-apa wang atau harta syarikat atau bersalah atas apa-apa misfeasans atau pecah amanah atau melanggar kewajipan berhubung dengan syarikat itu, Mahkamah boleh, atas permohonan penyelesai atau mana-mana pemiutang atau penyumbang memeriksa pelakuan orang itu, penyelesai atau pegawai dan mengarahkannya untuk membayar semula atau mengembalikan wang atau harta itu atau mana-mana bahagian wang itu dengan faedah pada apa-apa kadar sebagaimana yang difikirkan adil oleh Mahkamah, atau untuk menyumbang apa-apa jumlah wang kepada aset syarikat dengan cara pampasan berkenaan dengan penyalahgunaan, pemegangan, misfeasans atau pecah amanah atau pelanggaran kewajipan itu sebagaimana yang difikirkan adil oleh Mahkamah.

606 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

(2)

Seksyen ini hendaklah diperluas kepada dan terpakai bagi dan berkenaan dengan penerimaan apa-apa wang atau harta oleh mana-mana pegawai syarikat sepanjang dua tahun sebelum permulaan penggulungan sama ada melalui gaji atau selainnya yang didapati oleh

Mahkamah sebagai tidak adil atau tidak saksama kepada anggota syarikat yang lain.

(3)

Seksyen ini hendaklah berkuat kuasa walaupun kesalahan itu merupakan suatu kesalahan jenayah bagi pesalah.

Report

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules