Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian IV · Pemberhentian Syarikat

542. Pendakwaan pegawai dan anggota syarikat yang melanggar undang-undang

Feedback & support
(1)

Jika Mahkamah mendapati dalam perjalanan suatu penggulungan oleh Mahkamah bahawa mana-mana pegawai dahulu atau sekarang atau mana-mana anggota syarikat bersalah atas suatu kesalahan berhubung dengan syarikat itu yang baginya dia melakukan kesalahan jenayah, Mahkamah boleh, sama ada atas permohonan mana-mana orang yang berkepentingan dalam penggulungan itu atau dengan kehendaknya sendiri, mengarahkan penyelesai sama ada mendakwa pesalah itu dengan sendiri atau merujuk perkara itu kepada

Menteri.

(2)

Jika penyelesai mendapati dalam perjalanan suatu penggulungan sukarela bahawa mana-mana pegawai dahulu atau sekarang atau mana-mana anggota syarikat bersalah atas apa-apa kesalahan berhubung dengan syarikat itu yang baginya dia melakukan kesalahan jenayah, penyelesai itu hendaklah serta-merta melaporkan perkara itu kepada Menteri dan hendaklah, berkenaan dengan maklumat atau dokumen dalam milikannya atau di bawah kawalannya yang berhubung dengan perkara yang berkenaan, mengemukakan kepada Menteri maklumat itu dan memberinya akses kepada dan kemudahan bagi memeriksa dan mengambil salinan apa-apa dokumen sebagaimana yang dikehendakinya.

(3)

Jika penyelesai mendapati dalam perjalanan mana-mana penggulungan bahawa syarikat yang digulung tidak dapat membayar pemiutang tidak bercagarnya lebih daripada lima puluh sen dalam ringgit, penyelesai itu hendaklah serta-merta melaporkan perkara itu

Syarikat 607

secara bertulis kepada

Pegawai

Penerima dan hendaklah mengemukakan kepada Pegawai Penerima apa-apa maklumat dan memberinya akses kepada dan kemudahan bagi memeriksa dan mengambil salinan apa-apa dokumen sebagaimana yang dikehendaki oleh Pegawai Penerima.

(4)

Jika apa-apa laporan dibuat di bawah subseksyen (2) atau (3),

Menteri boleh, jika difikirkannya patut, menyiasat perkara itu dan boleh memohon kepada Mahkamah bagi suatu perintah yang memberinya atau mana-mana orang yang dilantik olehnya bagi maksud mengenai syarikat yang berkenaan segala kuasa untuk menyiasat hal ehwal syarikat sebagaimana yang diperuntukkan oleh

Akta ini dalam hal suatu penggulungan oleh Mahkamah, tetapi jika

Menteri mendapati bahawa prosiding tidak boleh dijalankan olehnya dalam hal itu, Menteri hendaklah memberitahu penyelesai dengan sewajarnya, dan tertakluk pada kelulusan terdahulu Mahkamah, penyelesai boleh dengan sendiri menjalankan prosiding terhadap pesalah itu.

(5)

Jika

Mahkamah mendapati dalam perjalanan sesuatu penggulungan sukarela bahawa mana-mana pegawai dahulu atau sekarang atau mana-mana anggota syarikat bersalah sebagaimana yang disebut dalam subseksyen (2) dan bahawa tiada laporan mengenai perkara itu dibuat oleh penyelesai kepada Menteri, Mahkamah boleh, atas permohonan mana-mana orang yang berkepentingan dalam penggulungan itu atau dengan kehendaknya sendiri, mengarahkan penyelesai itu untuk membuat laporan, dan setelah laporan dibuat dengan sewajarnya, seksyen ini hendaklah berkuat kuasa seolah-olah laporan itu dibuat di bawah subseksyen (2).

(6)

Jika apa-apa perkara dilaporkan atau dirujuk kepada Menteri atau Pegawai Penerima di bawah seksyen ini, dia berpendapat bahawa pendakwaan boleh dimulakan dalam hal itu, dia boleh memulakan prosiding dengan sewajarnya, dan penyelesai itu dan tiap-tiap pegawai dan ejen syarikat yang dahulu dan sekarang, selain defendan dalam prosiding itu, hendaklah memberi Menteri atau Pegawai Penerima itu segala bantuan berkaitan dengan pendakwaan itu yang semunasabahnya boleh diberikan olehnya.

608 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

(7)

Bagi maksud subseksyen (6), “ejen”, berhubung dengan sesuatu syarikat, termasuk mana-mana jurubank atau peguam bela syarikat itu dan mana-mana orang yang diambil bekerja oleh syarikat itu sebagai juruaudit, sama ada seorang pegawai syarikat itu atau tidak.

(8)

Jika mana-mana orang gagal atau abai dalam memberikan bantuan mengikut cara yang dikehendaki oleh subseksyen (6),

Mahkamah boleh, atas permohonan Menteri atau Pegawai Penerima, mengarahkan orang itu untuk mematuhi kehendak subseksyen itu, dan jika apa-apa permohonan dibuat di bawah subseksyen ini mengenai seseorang penyelesai, Mahkamah boleh, melainkan jika didapati bahawa kegagalan atau keabaian untuk mematuhi itu disebabkan oleh penyelesai tidak mempunyai dalam tangannya aset syarikat yang mencukupi untuk membolehkannya berbuat demikian, mengarahkan supaya kos permohonan hendaklah ditanggung oleh penyelesai sendiri.

(9)

Menteri boleh mengarahkan supaya keseluruhan atau mana-mana bahagian daripada apa-apa kos dan perbelanjaan yang dilakukan oleh penyelesai dalam prosiding yang dibawa di bawah seksyen ini hendaklah dibayar daripada wang yang diperuntukkan oleh

Parlimen.

(10)

Tertakluk pada apa-apa arahan yang diberikan di bawah subseksyen (9) dan kepada apa-apa gadaian atas aset syarikat dan apa-apa hutang yang kepadanya keutamaan diberikan oleh Akta ini, segala kos dan perbelanjaan hendaklah dibayar daripada aset itu sebagai sebahagian daripada kos penggulungan.

Penggulungan Syarikat Tidak Berdaftar

Report

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules