Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian IV · Pemberhentian Syarikat
548. Aset syarikat tidak berdaftar yang dibubarkan yang belum dijelaskan
Feedback & supportJika suatu syarikat tidak berdaftar, yang tempat pemerbadanannya atau tempat asalnya adalah di suatu negara ditetapkan, dibubarkan dan masih terdapat di Malaysia apa-apa harta yang belum dijelaskan, alih atau tak alih, termasuk benda dalam tindakan yang pada masa syarikat itu dibubarkan—
terletak hak pada syarikat itu;
syarikat itu berhak ke atasnya; atau
syarikat itu mempunyai kuasa untuk melupuskan, tetapi yang tidak diperoleh, didapatkan atau selainnya dilupuskan atau diuruskan oleh syarikat itu atau penyelesainya sebelum pembubaran itu, harta itu, kecuali modal dipanggil dan tidak dipanggil, hendaklah terletak hak dan menjadi terletak hak pada mana-mana orang sebagaimana yang berhak kepadanya mengikut undang-undang tempat pemerbadanan atau tempat asal syarikat itu, berkenaan dengan estet dan kepentingan, di sisi undang-undang atau ekuiti, syarikat itu atau penyelesainya pada tarikh syarikat itu dibubarkan.
Jika tempat asal sesuatu syarikat tidak berdaftar ialah Malaysia, seksyen 556 hingga 560 hendaklah, dengan apa-apa penyesuaian sebagaimana yang perlu, terpakai berkenaan dengan syarikat itu.
Jika Menteri mendapati bahawa mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa di mana-mana negara lain mengandungi peruntukan yang serupa dengan peruntukan seksyen ini, Menteri boleh, melalui notis yang disiarkan dalam Warta, mengisytiharkan negara lain itu sebagai negara ditetapkan bagi maksud seksyen ini.
614 Undang-Undang Malaysia AKTA 777
Pemotongan dan Pengurusan Aset Syarikat yang Dibubarkan
Subpenggal 1
Pemotongan