Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian IV · Pemberhentian Syarikat

546. Section 546

Feedback & support
(1)

Jika suatu syarikat tidak berdaftar digulung, seseorang penyumbang hendaklah menjadi—

(a)

orang yang bertanggungjawab untuk membayar atau menyumbang kepada pembayaran—

612 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

(i)

apa-apa hutang atau liabiliti syarikat;

(ii)

apa-apa jumlah wang bagi pelarasan hak anggota dalam kalangan mereka; atau

(iii)

kos dan perbelanjaan penggulungan; atau

(b)

jika syarikat dibubarkan di tempat di mana syarikat itu ditubuhkan atau diperbadankan, seseorang yang sebaik sebelum pembubaran itu merupakan seorang penyumbang, dan hendaklah bertanggungan untuk menyumbang kepada aset syarikat semua jumlah wang yang kena dibayar olehnya berkenaan dengan apa-apa liabiliti itu.

(2)

Selepas kematian atau kebankrapan mana-mana penyumbang, peruntukan Akta ini mengenai wakil diri bagi penyumbang yang mati dan pemegang serah hak dan pemegang amanah bagi penyumbang yang bankrap hendaklah terpakai.

Report

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules