Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian IV · Pemberhentian Syarikat

545. Penggulungan syarikat tidak berdaftar

Feedback & support
(1)

Berkenaan dengan mana-mana syarikat tidak berdaftar, peruntukan Bahagian ini hendaklah terpakai dengan ubah suaian yang berikut:

(a)

tempat perniagaan utama syarikat di Malaysia hendaklah bagi semua maksud penggulungan menjadi pejabat berdaftar syarikat;

(b)

tiada apa-apa syarikat boleh digulung secara sukarela; dan

(c)

hal keadaan yang syarikat boleh digulung adalah—

(i)

jika syarikat dibubarkan atau terhenti mempunyai tempat perniagaan di Malaysia atau mempunyai tempat perniagaan di

Malaysia hanya bagi maksud penggulungan hal ehwalnya atau terhenti menjalankan perniagaan di Malaysia;

(ii)

jika syarikat tidak mampu membayar hutangnya;

(iii)

jika Mahkamah berpendapat bahawa adalah adil dan saksama bagi syarikat itu digulung; dan

(iv)

syarikat digunakan bagi maksud yang menyalahi undang-undang atau apa-apa maksud yang

610 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

menjejaskan atau bertentangan dengan keamanan, kebajikan, keselamatan, kepentingan awam, ketenteraman awam, ketertiban atau kemoralan di Malaysia.

(2)

Sesuatu syarikat tidak berdaftar hendaklah disifatkan tidak mampu membayar hutangnya jika—

(a)

syarikat itu berhutang dengan pemiutang, dalam jumlah yang melebihi amaun yang ditetapkan oleh Menteri melalui suatu penyerahhakan atau selainnya, dan pemiutang itu telah menyampaikan suatu notis tuntutan yang menghendaki syarikat itu membayar jumlah wang yang kena dibayar—

(i)

dengan meninggalkan notis itu di tempat perniagaan utamanya di Malaysia;

(ii)

dengan menghantar serah notis itu kepada setiausaha, pengarah, pengurus atau pegawai utama syarikat; atau

(iii)

dengan menyampaikan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang diluluskan atau diarahkan oleh

Mahkamah, dan syarikat tidak membayar, menjamin atau mengkompaun bagi jumlah wang itu sehingga memuaskan hati pemiutang dalam masa tiga minggu selepas penyampaian notis itu;

(b)

apa-apa tindakan atau prosiding lain telah dimulakan terhadap mana-mana anggota bagi apa-apa hutang, tuntutan yang kena dibayar atau didakwa sebagai kena dibayar oleh syarikat atau anggota itu atas sifatnya sebagai anggota, dan, notis secara bertulis tentang pemulaan tindakan atau prosiding itu telah disampaikan kepada syarikat—

(i)

dengan meninggalkan notis itu di tempat perniagaan utamanya di Malaysia;

(ii)

dengan menghantar serah notis itu kepada setiausaha, pengarah, pengurus atau pegawai utama syarikat; atau

Syarikat 611

(iii)

dengan menyampaikan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang diluluskan atau diarahkan oleh

Mahkamah, dan syarikat itu tidak membayar, menjamin atau mengkompaun bagi hutang atau tuntutan itu atau tidak memperoleh tindakan atau prosiding itu digantung atau tidak menanggung rugi defendan sehingga memuaskan hatinya terhadap tindakan atau prosiding itu dan terhadap segala kos, ganti rugi dan perbelanjaan yang dilakukan olehnya dalam masa sepuluh hari selepas penyampaian notis itu;

(c)

pelaksanaan atau proses lain yang dikeluarkan setelah suatu penghakiman, dekri atau perintah diperoleh dalam mana-mana mahkamah yang memihak kepada pemiutang terhadap syarikat, mana-mana anggota atau mana-mana orang yang dibenarkan untuk disaman sebagai defendan nominal bagi pihak syarikat dikembalikan tanpa disempurnakan; atau

(d)

dibuktikan selainnya sehingga Mahkamah berpuas hati bahawa syarikat tidak mampu membayar hutangnya.

(3)

Suatu syarikat yang diperbadankan di luar Malaysia boleh digulung sebagai suatu syarikat tidak berdaftar di bawah Penggal ini walaupun syarikat itu digulung, dibubarkan atau selainnya terhenti daripada wujud sebagai suatu syarikat di bawah atau menurut kuasa undang-undang tempat di mana syarikat itu diperbadankan.

(4)

Dalam seksyen ini, “menjalankan perniagaan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 561.

Penyumbang dalam penggulungan syarikat tidak berdaftar

Report

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules