Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian IV · Pemberhentian Syarikat

549. Kuasa Pendaftar untuk memotong syarikat daripada daftar

Feedback & support

Walau apa pun apa-apa peruntukan dalam Akta ini, Pendaftar boleh memotong sesuatu syarikat daripada daftar, jika—

(a)

syarikat itu tidak menjalankan perniagaan atau tidak beroperasi;

(b)

syarikat itu melanggar Akta ini;

(c)

syarikat itu digunakan bagi maksud yang menyalahi undang-undang atau apa-apa maksud yang menjejaskan atau bertentangan dengan keamanan, kebajikan, keselamatan, kepentingan awam, ketenteraman awam, ketertiban atau kemoralan di Malaysia;

(d)

dalam apa-apa hal jika syarikat digulung dan Pendaftar mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa—

(i)

tiada penyelesai yang bertindak;

(ii)

hal ehwal syarikat digulung sepenuhnya dan selama tempoh enam bulan penyelesai telah ingkar dalam menyerah simpan apa-apa penyata yang dikehendaki supaya dibuat olehnya; atau

(iii)

hal ehwal syarikat telah digulung sepenuhnya di bawah penggulungan oleh Mahkamah dan tiada aset atau aset yang ada tidak mencukupi untuk membayar kos bagi memperoleh perintah Mahkamah untuk membubarkan syarikat.

Syarikat 615

Report

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules