Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian IV · Pemberhentian Syarikat

547. Kuasa Mahkamah untuk menggantung atau menghalang prosiding

Feedback & support
(1)

Peruntukan Akta ini mengenai penggantungan dan halangan tindakan dan prosiding terhadap sesuatu syarikat pada bila-bila masa selepas pengemukaan petisyen bagi penggulungan dan sebelum perintah penggulungan dibuat hendaklah, dalam hal syarikat tidak berdaftar jika permohonan untuk menggantung atau menghalang adalah oleh pemiutang, diperluas kepada tindakan dan prosiding terhadap mana-mana penyumbang syarikat.

(2)

Jika suatu perintah dibuat bagi penggulungan sesuatu syarikat tidak berdaftar, tiada tindakan atau prosiding boleh diteruskan atau dimulakan terhadap mana-mana penyumbang syarikat berkenaan dengan apa-apa hutang syarikat kecuali dengan keizinan Mahkamah dan tertakluk pada apa-apa terma sebagaimana yang dikenakan oleh

Mahkamah.

Syarikat 613

Report

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules