Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian IV · Pemberhentian Syarikat

551. Notis tentang niat untuk memotong syarikat

Feedback & support
(1)

Sebelum nama suatu syarikat boleh dipotong daripada daftar di bawah seksyen 549, Pendaftar boleh menyampaikan kepada syarikat itu atau penyelesai, suatu notis, yang menyatakan bahawa jika jawapan yang menunjukkan sebab sebaliknya tidak diterima dalam masa tiga puluh hari dari tarikh notis itu, suatu pemberitahuan kepada orang awam akan disiarkan mengikut cara yang ditentukan oleh Pendaftar, dengan tujuan untuk memotong nama syarikat daripada daftar.

(2)

Pendaftar boleh memotong nama syarikat daripada daftar selepas habis tempoh tiga puluh hari dari penyiaran pemberitahuan dalam subseksyen (1) jika dia—

(a)

menerima pengesahan bahawa syarikat itu tidak lagi menjalankan perniagaan atau tidak beroperasi;

(b)

tidak menerima jawapan daripada syarikat itu kepada notis yang disebut dalam subseksyen (1);

(c)

tidak menerima bantahan kepada notis dan pemberitahuan umum yang disebut dalam subseksyen (1); atau

(d)

tidak berpuas hati dengan sebab-sebab tentang kenapa syarikat itu tidak boleh dipotong.

(3)

Pendaftar hendaklah menyiarkan nama syarikat yang telah dipotong dalam Warta dan setelah disiarkan dalam Warta, syarikat itu hendaklah dibubarkan.

(4)

Notis yang hendaklah dihantar di bawah seksyen ini kepada seseorang penyelesai boleh dialamatkan kepada penyelesai itu di tempat perniagaan terakhirnya yang diketahui, dan surat atau notis

616 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

yang hendaklah dihantar di bawah seksyen ini kepada sesuatu syarikat boleh dialamatkan kepada syarikat itu di pejabat berdaftarnya atau, jika tiada pejabat didaftarkan, kepada pegawai syarikat, atau jika tiada pegawai syarikat yang nama dan alamatnya diketahui oleh Pendaftar, boleh dihantar kepada setiap orang yang menubuhkan syarikat itu, yang dialamatkan kepadanya di alamat terakhir yang diketahui.

Report

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules