Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian IV · Pemberhentian Syarikat
552. Bantahan terhadap pemotongan
Feedback & supportJika suatu notis tentang niat untuk memotong sesuatu syarikat daripada daftar diberikan di bawah subseksyen 551(1), mana-mana orang boleh, bersama dengan bayaran fi yang ditetapkan, menyerah simpan dengan Pendaftar, dalam masa tiga puluh hari dari tarikh yang dinyatakan dalam notis itu, suatu bantahan terhadap pemotongan syarikat itu atas mana-mana alasan yang berikut:
bahawa syarikat itu masih menjalankan perniagaan atau terdapat sebab lain baginya untuk terus wujud;
bahawa syarikat itu merupakan suatu pihak kepada prosiding undang-undang;
bahawa syarikat itu adalah dalam penerimaan atau penyelesaian, atau kedua-duanya;
bahawa orang itu merupakan seorang pemiutang atau seorang anggota atau seseorang yang mempunyai tuntutan yang belum dilepaskan terhadap syarikat itu;
bahawa orang itu mempercayai bahawa terdapat, dan berniat untuk meneruskan, suatu hak tindakan bagi pihak syarikat itu di bawah Penggal 6 Bahagian III; atau
bahawa, bagi apa-apa sebab lain, adalah tidak adil dan saksama untuk memotong syarikat daripada daftar.
Bagi maksud perenggan (1)(d)—
Syarikat 617
suatu tuntutan oleh pemiutang terhadap sesuatu syarikat bukan merupakan tuntutan yang belum dilepaskan jika—
tuntutan itu telah dibayar dengan sepenuhnya; atau
tuntutan itu telah dibayar dengan sepenuhnya atau sebahagiannya oleh penerima atau penyelesai dalam penerimaan atau penyelesaian yang disempurnakan;
atau
penerima atau penyelesai memberitahu pemiutang bahawa aset syarikat tidak mencukupi untuk membolehkan apa-apa bayaran dibuat kepada pemiutang; dan
suatu tuntutan oleh anggota atau mana-mana orang lain terhadap sesuatu syarikat bukan merupakan tuntutan yang belum dilepaskan jika—
bayaran telah dibuat kepada pemegang syer atau orang itu mengikut suatu hak di bawah perlembagaan atau
Akta ini untuk menerima atau berkongsi aset lebihan syarikat; atau
penerima atau penyelesai memberitahu anggota atau orang itu bahawa syarikat itu tidak mempunyai aset lebihan.
Pendaftar tidak boleh meneruskan pemotongan melainkan jika
Pendaftar itu berpuas hati bahawa—
bantahan telah ditarik balik;
apa-apa fakta yang berdasarkannya bantahan itu dibuat adalah tidak benar, atau tidak lagi benar; atau
bantahan itu adalah remeh dan menyusahkan.
618 Undang-Undang Malaysia AKTA 777
Pendaftar hendaklah menghantar suatu pemberitahuan kepada pembantah dan syarikat jika dia memutuskan untuk menggantung atau untuk meneruskan proses pemotongan syarikat itu.