Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab VI · Proses untuk Memaksa Pengemukaan Dokumen dan Harta Alih Lain dan bagi Penemuan Orang yang Dikurung Secara Salah
51A. Penghantaran serah dokumen tertentu
Feedback & supportPihak pendakwaan hendaklah sebelum permulaan perbicaraan menghantar serah kepada tertuduh dokumen yang berikut:
Kanun Tatacara Jenayah 63
suatu salinan maklumat yang dibuat di bawah seksyen 107
yang berhubungan dengan pelakuan kesalahan yang baginya tertuduh dipertuduh, jika ada;
suatu salinan apa-apa dokumen yang akan dikemukakan sebagai sebahagian daripada keterangan bagi pihak pendakwaan; dan
suatu pernyataan fakta bertulis yang memihak kepada pembelaan tertuduh yang ditandatangani oleh Pendakwa
Raya atau mana-mana orang yang menjalankan pendakwaan itu.
Walau apa pun perenggan (c), pihak pendakwaan tidak boleh membekalkan apa-apa fakta yang memihak kepada tertuduh jika pembekalannya akan berlawanan dengan kepentingan awam.
Sesuatu dokumen tidak boleh tidak diterima sebagai keterangan semata-mata kerana ketidakpatuhan subseksyen (1).
Mahkamah boleh tidak memasukkan apa-apa dokumen yang dihantar serah selepas permulaan perbicaraan jika ditunjukkan bahawa penghantaran serah itu dilakukan dengan sengaja dan dengan niat jahat.
Jika sesuatu dokumen dihantar serah kepada tertuduh selepas permulaan perbicaraan,
Mahkamah hendaklah membenarkan tertuduh—
masa yang munasabah untuk memeriksa dokumen itu; dan
untuk memanggil semula atau menyaman semula dan memeriksa mana-mana saksi berhubung dengan dokumen itu.