Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab VI · Proses untuk Memaksa Pengemukaan Dokumen dan Harta Alih Lain dan bagi Penemuan Orang yang Dikurung Secara Salah
54. Bila waran geledah boleh dikeluarkan
Feedback & supportJika—
mana-mana
Mahkamah mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa seseorang yang kepadanya suatu saman di bawah seksyen 51 atau suatu kehendak di bawah subseksyen 52(1) telah atau boleh ditujukan tidak akan mengemukakan harta atau dokumen itu sebagaimana yang dikehendaki oleh kehendak itu;
harta atau dokumen itu tidak diketahui oleh Mahkamah berada dalam milikan mana-mana orang; atau
Mahkamah berpendapat bahawa maksud keadilan atau apa-apa siasatan, perbicaraan atau prosiding lain di bawah
Kanun ini akan tercapai melalui suatu penggeledahan atau pemeriksaan am,
Kanun Tatacara Jenayah 65
Mahkamah itu boleh mengeluarkan suatu waran geledah dan orang yang kepadanya waran itu diarahkan boleh menggeledah dan memeriksa mengikut waran itu dan peruntukan yang terkandung dalam
Kanun ini.
Tiada apa-apa jua yang terkandung dalam Kanun ini boleh memberi kuasa kepada mana-mana Mahkamah selain Mahkamah
Tinggi untuk memberikan suatu waran untuk menggeledah sesuatu barang pos, telegram atau dokumen lain dalam jagaan pihak berkuasa pos atau telegraf.
Sesuatu waran geledah hendaklah biasanya diarahkan kepada
Ketua Pegawai Polis bagi Negeri yang waran itu dikeluarkan dan kepada pegawai lain yang hendaklah ditetapkan dengan nama dalamnya, dan kesemua atau mana-mana pegawai polis itu boleh melaksanakan waran itu.
Mahkamah yang mengeluarkan sesuatu waran geledah boleh mengarahkannya kepada mana-mana orang dengan nama, yang bukan pegawai polis, dan kesemua atau mana-mana satu daripada orang itu atau lebih boleh melaksanakan waran itu.
Kuasa untuk menyekat waran geledah