Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab VI · Proses untuk Memaksa Pengemukaan Dokumen dan Harta Alih Lain dan bagi Penemuan Orang yang Dikurung Secara Salah
59. Orang yang menjaga tempat yang ditutup hendaklah membenarkan penggeledahan
Feedback & support(1)
Apabila mana-mana tempat yang boleh digeledah atau diperiksa di bawah Bab ini ditutup, mana-mana orang yang tinggal di dalam atau yang menjaga tempat itu hendaklah, apabila dituntut oleh pegawai atau orang lain yang melaksanakan waran itu dan apabila waran itu dikemukakan, membenarkannya bebas masuk ke dalamnya dan memberikan segala kemudahan yang munasabah bagi penggeledahan di dalamnya.
(2)
Jika kemasukan ke tempat itu tidak dapat diperoleh sedemikian, pegawai atau orang lain yang melaksanakan waran itu boleh bertindak mengikut cara yang diperuntukkan oleh subseksyen 16(2).