Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab VI · Proses untuk Memaksa Pengemukaan Dokumen dan Harta Alih Lain dan bagi Penemuan Orang yang Dikurung Secara Salah
57. Bentuk waran geledah
Feedback & support(1)
Tiap-tiap waran geledah yang dikeluarkan oleh sesuatu
Mahkamah di bawah Kanun ini hendaklah secara bertulis dan ditandatangani sebagaimana yang diperuntukkan oleh
Akta
Mahkamah Kehakiman 1964 atau Akta Mahkamah Rendah 1948, dan hendaklah mengandungi meterai Mahkamah itu.
(2)
Tiap-tiap waran sedemikian hendaklah terus berkuat kuasa selama bilangan hari yang munasabah yang hendaklah dinyatakan dalam waran itu.
(3)
Waran geledah yang dikeluarkan di bawah Kanun ini boleh dilaksanakan di mana-mana bahagian di Malaysia.