Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab VI · Proses untuk Memaksa Pengemukaan Dokumen dan Harta Alih Lain dan bagi Penemuan Orang yang Dikurung Secara Salah
62. Penggeledahan tanpa waran
Feedback & supportJika maklumat diberikan kepada mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor bahawa terdapat sebab yang munasabah bagi mengesyaki bahawa apa-apa harta curi disembunyikan atau diserah simpan di mana-mana tempat dan dia mempunyai alasan yang baik bagi mempercayai bahawa oleh sebab kelengahan dalam mendapatkan waran geledah harta itu berkemungkinan dialihkan, pegawai itu boleh menurut kuasa jawatannya menggeledah tempat yang dinyatakan itu bagi mencari harta tertentu yang dikatakan telah dicuri itu.
Suatu senarai harta yang dikatakan telah dicuri itu hendaklah diserahkan atau dicatatkan secara bertulis berserta suatu akuan yang menyatakan bahawa harta itu telah dicuri dan bahawa pemberitahu itu mempunyai alasan yang baik bagi mempercayai bahawa harta itu disimpan di tempat itu.
Orang yang daripadanya harta itu dicuri atau wakilnya hendaklah menyertai pegawai itu dalam penggeledahan itu.