Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab VI · Proses untuk Memaksa Pengemukaan Dokumen dan Harta Alih Lain dan bagi Penemuan Orang yang Dikurung Secara Salah
58. Pencarian orang yang dikurung secara salah
Feedback & support(1)
Jika mana-mana Majistret mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa mana-mana orang dikurung dalam apa-apa hal keadaan yang pengurungan itu terjumlah kepada suatu kesalahan, dia boleh mengeluarkan suatu waran geledah.
(2)
Orang yang kepadanya waran itu diarahkan boleh mencari orang yang dikurung itu.
(3)
Pencarian itu hendaklah dibuat mengikut waran itu dan orang itu, jika dijumpai, hendaklah dengan segera dibawa ke hadapan
Kanun Tatacara Jenayah 67
seorang Majistret yang hendaklah membuat apa-apa perintah sebagaimana yang difikirkan patut mengikut hal keadaan kes itu.