Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab VI · Proses untuk Memaksa Pengemukaan Dokumen dan Harta Alih Lain dan bagi Penemuan Orang yang Dikurung Secara Salah
62A. Pelucuthakan syiling lancung
Feedback & supportMana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor, apabila berpuas hati bahawa mana-mana orang yang mempunyai dalam milikannya apa-apa syiling lancung atau syiling semasa lancung atau apa-apa acuan, alat atau bahan bagi maksud melancungkan mana-mana syiling atau syiling semasa, boleh tanpa waran dan dengan atau tanpa bantuan memasuki dan menggeledah mana-mana tempat yang apa-apa syiling sedemikian atau apa-apa acuan, alat atau bahan sedemikian disimpan dan menyita segala syiling, acuan, alat atau bahan itu.
Apa-apa jua benda yang disita di bawah subseksyen (1)
hendaklah, melalui perintah Mahkamah yang di hadapannya mana-mana orang dibicarakan yang berhubungan dengan pemilikannya atau, jika tiada perbicaraan, melalui perintah seorang
Majistret, dilucuthakkan dan hendaklah dimusnahkan atau selainnya dilupuskan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri.
Kanun Tatacara Jenayah 69