Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab VI · Proses untuk Memaksa Pengemukaan Dokumen dan Harta Alih Lain dan bagi Penemuan Orang yang Dikurung Secara Salah
63. Penggeledahan terus
Feedback & supportMana-mana pegawai polis boleh, dalam hal keadaan yang disebut dalam seksyen ini, diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua
Pegawai Polis untuk memasuki dan, jika diberi kuasa sedemikian, boleh memasuki mana-mana tempat bagi mencari harta curi dan menggeledah dan menyita dan mendapatkan apa-apa harta yang dipercayainya telah dicuri mengikut cara yang sama sebagaimana yang dia akan diberi kuasa untuk melakukannya jika dia mempunyai waran geledah dan harta yang disita itu, jika ada, bersamaan dengan harta yang diperihalkan dalam waran geledah itu.
Dalam tiap-tiap hal yang harta disita menurut seksyen ini, orang yang di tempatnya ia berada pada masa penyitaan atau orang yang daripadanya ia diambil, jika selain orang yang di tempatnya ia berada, hendaklah, melainkan jika sebelum itu dipertuduh kerana menerima harta itu dengan mengetahui harta itu telah dicuri, disaman di hadapan Majistret untuk menerangkan pemilikannya bagi harta itu, dan Majistret itu hendaklah membuat apa-apa perintah berkenaan
70
Undang-Undang Malaysia dengan pelupusan harta itu dan boleh mengawardkan apa-apa kos sebagaimana yang dikehendaki oleh keadilan dalam hal itu.
Ketua Pegawai Polis boleh memberikan apa-apa kuasa seperti yang disebut terdahulu dalam hal yang berikut atau salah satu daripadanya—
apabila tempat yang hendak digeledah itu sedang dihuni atau dalam masa dua belas bulan sebelum itu telah dihuni atau digunakan oleh mana-mana orang yang telah disabitkan kerana menerima harta curi atau melindungi pencuri; atau
apabila tempat yang hendak digeledah itu sedang dihuni atau digunakan oleh mana-mana orang yang telah disabitkan atas suatu kesalahan yang melibatkan fraud atau kecurangan dan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan.
Tidaklah perlu bagi Ketua Pegawai Polis semasa memberikan kuasa sedemikian untuk menyatakan apa-apa harta tertentu tetapi dia boleh memberikan kuasa itu jika dia mempunyai sebab untuk mempercayai pada amnya bahawa tempat itu sedang digunakan bagi penerimaan barang-barang curi.