Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab VI · Proses untuk Memaksa Pengemukaan Dokumen dan Harta Alih Lain dan bagi Penemuan Orang yang Dikurung Secara Salah
56. Majistret boleh mengeluarkan waran yang memberi kuasa untuk mencari keterangan bagi kesalahan
Feedback & supportJika seseorang Majistret, apabila maklumat diterima dan selepas apa-apa siasatan sebagaimana yang difikirkannya perlu, mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa apa-apa jua yang atasnya, dengannya atau berkenaan dengannya suatu kesalahan telah dilakukan,
66
Undang-Undang Malaysia atau apa-apa keterangan atau benda yang perlu untuk menjalankan suatu penyiasatan ke atas mana-mana kesalahan boleh dijumpai di mana-mana tempat, dia boleh, melalui waran, memberi kuasa kepada orang yang kepadanya waran itu diarahkan untuk memasuki, dengan apa-apa bantuan yang perlu sebagaimana yang dikehendaki dan menggeledah tempat itu bagi mendapatkan apa-apa keterangan atau benda sedemikian dan, jika apa-apa jua yang dicari itu dijumpai, menyitanya dan membawanya di hadapan
Majistret yang mengeluarkan waran itu, atau seorang Majistret lain, untuk diperlakukan mengikut undang-undang.