Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab VI · Proses untuk Memaksa Pengemukaan Dokumen dan Harta Alih Lain dan bagi Penemuan Orang yang Dikurung Secara Salah
62B. Pelucuthakan mata wang lancung
Feedback & supportMana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor, apabila berpuas hati bahawa mana-mana orang mempunyai dalam milikannya apa-apa mata wang kertas atau nota bank yang palsu atau lancung atau apa-apa jentera, alat atau bahan yang digunakan atau dimaksudkan untuk digunakan bagi memalsukan atau melancungkan apa-apa mata wang kertas atau nota bank, boleh tanpa waran dan dengan atau tanpa bantuan memasuki dan menggeledah mana-mana tempat yang apa-apa mata wang kertas atau nota bank sedemikian atau apa-apa jentera, alat atau bahan sedemikian disimpan dan menyita segala wang kertas, jentera, alat atau bahan itu.
Apa-apa jua benda yang disita di bawah subseksyen (1)
hendaklah, melalui perintah Mahkamah yang di hadapannya mana-mana orang dibicarakan yang berhubungan dengan pemilikannya atau, jika tiada perbicaraan, melalui perintah seorang
Majistret, dilucuthakkan dan hendaklah dimusnahkan atau selainnya dilupuskan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri.