Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 · Updated to 1 Jul 2025 · Bab · Bab 4 Bahagian ini dipatuhi sepenuhnya.
60. Dokumen yang dikehendaki bagi pembaharuan lesen pengendali
Feedback & supportSesuatu permohonan bagi pembaharuan lesen pengendali hendaklah disertai dengan dokumen yang berikut:
suatu penyata kewangan teraudit pemohon; dan
suatu laporan prestasi bagi tahun yang sebelumnya yang berhubungan dengan—
jumlah sukatan barangan yang dibawa;
jumlah bilangan kenderaan barangan yang ada dalam pengendalian dan hasil muatan;
jumlah sebenar bilangan perjalanan yang dikendalikan dan dijadualkan;
anggaran bilangan kenderaan barangan yang dikehendaki untuk mengadakan perkhidmatan yang cekap bagi sesuatu laluan khusus; dan
keterangan mengenai pematuhan syarat yang disebut dalam perenggan 58(1)(a) dan apa-apa kelulusan atau lesen berkaitan yang lain yang diberikan oleh pihak berkuasa yang berkaitan sebagaimana yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan
Awam Darat.
Pengangkutan Awam Darat 83
Walau apa pun subseksyen (1), Ketua Pengarah Pengangkutan
Awam Darat boleh menghendaki apa-apa dokumen tambahan untuk dikemukakan oleh pemohon bagi pembaharuan lesen pengendali itu.