Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 · Updated to 1 Jul 2025 · Bab · Bab 4 Bahagian ini dipatuhi sepenuhnya.
61. Permohonan bagi pengubahan
Feedback & supportTertakluk pada Akta ini, apabila suatu permohonan dibuat oleh pengendali berlesen bagi pengubahan lesen pengendali itu atau syarat lesen pengendali itu, Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat hendaklah mempunyai kuasa penuh mengikut budi bicaranya—
(a)
untuk meluluskan permohonan itu sepenuhnya atau sebahagiannya;
(b)
untuk menolak permohonan itu; atau
(c)
untuk memerintahkan apa-apa pengubahan lesen pengendali itu atau syarat lesen pengendali itu selain pengubahan yang dinyatakan dalam permohonan itu.